Bertahun Diet Tak Jadi, Terus Cut Sugar & Konsisten Senaman. Hasilnya Dapat Berat Ideal Lepas 2 Tahun! Pernah cuba diet untuk tempoh dua tahun tetapi hasilnya lambat. Malah pelbagai diet juga telah dicuba seperti keto, intermittent fasting dan low carbo tetapi hasilnya hanya sementara dan berat naik kembali.
Namun bagi Ameer Hamzah Mokhtar tidak mudah mengalah dan akhirnya mengambil keputusan mencuba diet cara lain.
Artikel Lain: Nampak Lebih Muda & Kurus Lepas Kena COVID. Dr. Azizan Nekad Diet Sebab Alami Nafas Semput!
Dia mencuba bahagikan diet kepada 3 fasa iaitu, gula, makan dan fizikal. Setelah melakukan cara ini akhirnya berjaya mengurangkan berat badan.
Hasilnya dia mendapat berat badan ideal dan akan terus memastikan berat yang ada terus kekal begitu kerana katanya untuk gemuk makan masa bertahun, takkan jika nak kurus sebulan dua sahaja.
Jika sebelum ini beratnya sekitar 105 kilogram, setelah hampir dua tahun, dia berjaya melenyapkan sehingga 25 kilogram dan berat terkininya 80 kilogram. Masih target untuk mencecah berat 75 kilogram menggunakan cara sama.
Bertahun Diet Tak Jadi, Terus Cut Sugar & Konsisten Senaman
2020 – 2022
105kg – 80kg (Target 75kg)
Turun 25kg dalam 2 tahun, lambat tapi konsisten. Saya dah cuba macam2 diet, spt keto, if & low carb tapi semua kejap je lepastu naik baik.
Jadi saya ambil keputusan start slow untuk biasakan badan dengan matlamat ubah tabiat secara keseluruhan di akhirnya.
Saya bahagikan kepada 3 FASA ;
FASA 1 : Gula
FASA 2 : Makan
FASA 3 : Fizikal
Artikel Lain: Tampil Cantik & Lebih Kurus. Ini Rahsia Datuk Seri Vida Nampak Slim & Makin Lawa
FASA 1
Masalah utama saya adalah GULA sbb saya suka minum air manis & 3in1.
Bulan 1-2 :
Kopi sy tukar 3in1 kepada Nescafe Gold + 2 sudu susu pekat. (sebab saya boleh kawal kadar kemanisan tu)
Bulan 3-4 :
Nescafe Gold + 1 sudu susu pekat.
Bulan 5 :
Nescafe Gold + 1/2 sudu susu pekat.
Bulan 6 : Nescafe Gold tanpa susu pekat tapi tak sedap jadi saya tukar Nescafe Gold + susu segar.
Sebelum
Hasilnya Dapat Berat Ideal Lepas 2 Tahun
Lepas tu saya dah tak minum air manis tapi masalah baru timbul iaitu Mood Swing & baru tahu yang gula meningkatkan hormon dopamine iaitu bahan neurotransmitter yang menyebabkan rasa seronok dan gembira apabila kita makan benda manis.
Dua cara saya buat untuk nak pulihkan benda ni adalah dengan bersenam & amalkan madu tualang pagi & malam sebelum tidur.
Bersenam : Hasilkan endorphin semula jadi yg dapat meningkatkan hormon serotonin dan dopamin.
Jadi saya mula dengan berjalan santai 1km setiap hari & naikkan jarak sikit2 bila dah selesa, kadang2 tu joging & lari sikit2.
Madu Tualang : Sumber nutrien & vitamin semula jadi yang rendah GI & kalori. Elok juga untuk penghadaman & suprisingly hilangkan gerd saya waktu malam.
Secara mudahnya, saya potong gula & bersenam secara berperingkat tanpa stresskan badan & otak. Slow & steady.
Terkini
Saya tak jaga makan lagi di fasa ni, lepas dah potong gula secara total baru saya mulakan
FASA 2 dgn Diet Suku2 Separuh & Puasa Sunat.
Nak gemuk ambil masa bertahun takkan nak kurus sebulan dua je kan.
Sempat nanti sy sambung FASA 2 & 3. Moga bermanfaat.
Artikel Lain: Rupanya Amal Jamu & Beras Kencur, Rahsia Cantik & Awet Muda Pengasas Mustika Ratu Di Usia 94 Tahun
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.