Maya Karin Kena Panic Attack Atas Stage, Mujur Dia Cepat Bertindak

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita Maya Karin kena panic attack di Pentas Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32).

Pelakon jelita itu dilihat tiba-tiba menggigil dan kelihatan hampir terjatuh ketika membacakan anugerah bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, namun sempat meminta maaf kerana terpaksa berpaut ke bahu Faizal Hussein untuk menstabilkan dirinya.

 

Dipuji Kerana Cepat Bertindak

Rata-rata netizen dan penonton yang menyaksikan situasi tersebut memuji tindakan Faizal Hussein apabila dia menjadi penyelamat membantu Maya melakukan teknik grounding bagi meredakan situasi.

Pelakon filem Ombak Rindu itu berkongsi kejadian berkenaan di Instagramnya sambil mengucapkan terima kasih kepada rakan penyampainya Faizal Hussein kerana menjadi penyelamat daripada terjatuh di pentas.

“My hero last night .. such a gentleman, siap kutip my shoes yang tertinggal atas pentas.”

maya karin

Tujuan Maya Karin Melepaskan Kasut

Menerusi info dari laman Public Health Malasyia, kasut dilepaskan merupakan salah satu cara untuk grounding selain mengambil nafas (deep breathing).

Grounding adalah cara yang berkesan untuk menenangkan kebimbangan semasa serangan panik. Dalam proses ini, anda mengenal pasti objek di sekeliling anda untuk membantu otak anda mengenali di mana anda berada.

Ini mewujudkan rasa selesa kerana anda tahu di mana anda berada dan anda berasa lebih mengawal keadaan.

Hanya yang mengalami masalah ini benar benar faham situasi yang dialami kelmarin. Jika tidak di tangani dengan baik, serangan panik boleh menjadi lebih teruk dan pesakit boleh pitam.

Dipuji Kerana Mampu Kawal Keadaan Dengan Baik

Menerusi video yang tular, Maya dilihat membuka kasut tumit tingginya dan meneruskan dengan membaca skrip yang disediakan walaupun dalam keadaan menggigil.

Macam mana Ana tahu itu panic attact? Haaa… mungkin masih ramai yang tak tahu ini berkait dengan penyakit Anxiety Disorder (kerisauan melampau).

Macam mana nak tahu terkena panic attack? Seseorang tu kena ada sekurangnya 4 dari 13 simptom di bawah :

1. Jantung berdegup laju
2. Sakit dada
3. Rasa sesak nafas
4. Rasa tercekik
5. Rasa melayang
6. Badan menggeletar
7. Berpeluh
8. Kebas kaki / tangan
9. Rasa loya
10. Perasaan takut mati
11. Perasaan takut hilang kawalan
12. Pening atau hampir pengsan
13. Rasa panas / sejuk tanpa sebab.

Ada sesetengah orang kerap mengalami panic attack, boleh kata sebulan sekali. Keadaan ini dipanggil panic disorder (penyakit kecelaruan panik). Selalunya serangan ini terjadi kerana ada “pemacu” yang menyebabkan berlakunya gangguan emosi. Contoh seperti berlaku kematian atau kecelakaan pada orang sekeliling, tekanan, badan tak sihat dan banyak lagi.

Bagi anda yang selalu diserang dengan panic atau anxiety disorder, sebaiknya dapatkan nasihat dan penilaian daripada doktor atau professional. Jangan malu untuk minta nasihat ya.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply