Suka Buat Ice Facial, Kata Mira Filzah, “Duduk Rumah Pun Kena Jaga Kulit Muka.”

Semakin ramai yang mengamalkan ice facial untuk jaga kulit wajah dan pelakon cantik molek, Mira Filzah juga salah seorang artis yang pernah berkongsi tentang amalan ini.

Mesti ramai lagi di luar sana yang nak tahu rahsia lain cantik artis kecil molek ini sebab walau sudah mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Wan Khair Amir Wan Emir Astar, ini langsung tidak menjejaskan kecantikan Mira Filzah.

 

Tetap nampak manis dan ayu dengan penampilan bertudung, malah dia salah seorang artis yang betubuh badan kekal langsing.

Berkongsi tentang soal cantik, bagi Mira, duduk rumah pun masih kena jaga kulit muka. Dan ini antara tip lain yang dikongsikan oleh bekas pengacara Nona untuk elak kulit muka breakout teruk.

Jaga Makan Yang Diambil

Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu juga menasihatkan peminat agar tidak mengambil makanan yang berminyak, banyakkan meminum air putih dan elakkan diri daripada terlalu kerap menyentuh bahagian muka.

mira filzah

Selain itu, Mira turut berkongsi rahsia dia kekal awet muda iaitu dengan mengamalkan ice facial.

Menurutnya, ice facial mempunyai banyak manfaat antaranya mampu mengecutkan jerawat, melembut dan mencerahkan kulit, kurangkan kesan gelap di bawah mata serta banyak lagi.

Mira Filzah

Ini Kebaikan Ice Facial

Sebenarnya, menggosokkan ais pada wajah sangat menyegarkan lebih-lebih lagi selepas seharian sibuk. Pernah dengar tak stress boleh jadi punca kepada pertumbuhan jerawat? Memang boleh terjadi benda ni.

Kalau selalu sangat hadap dengan tekanan, boleh memberi kesan buruk kepada kulit wajah. Nanti muncul jerawat. Lepas tu muncul lagi jerawat. Makin bertambah-tambah jerawat. Tetapi jangan risau, ais dapat membantu. Kerana ais dapat meningkatkan peredaran darah di wajah anda selepas itu kulit wajah anda yang bersih dan cantik.

ice facial

Untuk pengetahuan, Ice Facial merupakan trend kecantikan di Korea. Cara ini menginspirasikan orang di seluruh dunia tentang kebaikan menggosokkan ais pada wajah untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri dan bersih. Sememangnya trend ini sangat berguna dan banyak kebaikannya.

Jadi bagi anda yang kulit muka breakout tu, selamat mencuba tip daripada Mira Filzah ini okay!


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply