Menu Diet Ibu Menyusu, Ini Cara Elakkan Badan Makin Dipam-pam

Nak kurus cantik selepas bersalin, golongan wanita kena ada menu diet untuk kira kalori yang diambil setiap kali makan. Tak kira lah ibu yang belum ada anak atau sedang menyusu, perlu disiplin.

Ini cara diet salah seorang ibu menyusu, Puan Nurasykin Ali, nampak sangat berkesan apabila dia yang sudah pun ada anak mampu turunkan berat dari 68kg hingga dapat 52kg. Hah, jom kita gali apa rahsia yang dia amalkan.

Tak semua badan ibu menyusu sama. Ada ibu yang badannya makin kurus, ada ibu badan maintain, ada pula yang makin dipam-pam.

Ibu menyusu perlukan 300-500 kalori lebih dari ibu normal. Tapi mereka akan bakar kembali 300-500 kalori sehari untuk menghasilkan susu.

Bagi ibu menyusu yang bercita-cita untuk kurus, tak disarankan untuk potong pengambilan kalori. Sebab pengambilan kalori yang tak mencukupi akan beri efek pada penghasilan susu.

Jadi, sebaiknya ibu ikhtiar kurus dengan cara ‘eat clean’ dan hasilkan lebih banyak susu badan.

Menu Diet Ikut Jadual Seminggu

Bagi ibu menyusu yang nak kurus sambil susu badan meriah. Boleh cuba cadangan jadual pemakanan untuk seminggu dibawah.

jadual diet

Pakar pemakanan menyarankan ambil makanan kerap tapi dalam kuantiti sikit. Supaya ibu tak berasa terlalu lapar sampai lupa daratan.

Malah kajian katakan, susu ibu dapat menyerap lebih banyak nutrisi dalam makanan yang dimakan dalam waktu yang kerap.

Untuk tambahan, anda boleh lakukan power pumping untuk meriahkan susu badan. Rujuk jadual di bawah.

Menu setiap hari dicadangkan ni sekitar 2400 kalori. Pastikan ibu hasilkan susu badan minimum 20oz sehari. InsyaAllah berat badan ibu akan berkurang.

Kalau ibu cuma hasilkan susu kurang 15 oz sehari.Jadi, ibu boleh potong pengambilan makanan ketika supper.

Nak dapat efek yang lebih pantas, lakukan senaman ringan sekurangnya 10-20 minit sehari untuk tingkatkan metabolisma badan.

Senaman ringan tak semestinya berlari, ibu boleh bawa anak bersiar di taman, berkawad dalam bilik air atau pun turun naik tangga dirumah. Asalkan senaman yang ibu buat tu dapat tingkatkan degupan jantung.

Mudah je kan? Selamat mencuba!


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply