“Dulu Orang Ingat Saya Ini, Mak.” Baju Pun Dari Saiz XL ke XS, Inilah Rahsianya!

“Dulu orang ingat saya ini, mak saya.” Itulah tulisan daripada seorang wanita yang tular di Twitter selepas dia berkongsi tetang rasa gembira apabila dapat tukar saiz baju yang lebih kecil daripada sebelum ini.

Hakikatnya ramai yang nak kurus bukan sebab nak cantik semata tetapi lebih kepada nak sihat dan senang untuk bergerak.

Rahsia Turunkan Berat

Menerusi ciapan yang dikongsikan oleh @aiuabdullah, perkara itu adalah antara pencapaian terbesar sepanjang hidupnya dan pada tahun ini meskipun belum memenuhi target sebenar tetapi ia sudah dapat membuatkannya gembira.

Dalam masa 7 bulan hilangkan 26kg iaitu daripada 83.7 kg sampai dapat berat 57.8 kg. Banyak, bukan?

Nak masuk umur 32 tahun depan dan sebenarnya wanita ini rasa lebih baik berbanding umurnya masa 20an.

Tulisnya lagi, ini antara achievement terbesar sepanjang hidup dan 2022! Walaupun tak capai lagi target sebenar tapi gembira dah sikit.

“Ia bukan suatu perkara yang mudah tetapi sangat berbaloi,”

“Macam mana nak enjoy diet? Masak dan makan!”

1. Calorie deficit
Saya buat calorie deficit, maknanya saya makan kurang daripada kalori yang diperlukan oleh badan. Bukan berlapar. Lain tu. Kalori boleh kira melalui kalkulator. Google je pun boleh.

2. Pastikan nutrisi makanan lengkap
Kena cukup karbohidrat, protein, fiber dan lain-lain. Makanan diet saya (boleh refer gambar) 100% dimasak sendiri. Saya memang suka masak dan makanan yang pelbagai. Saya tak skip nasi, dan sejujurnya saya makan nasi setiap hari. Cuma saya lebihkan lauk terutamanya sayur.

3. Tak ada cheat day
Ya, saya tak ada istilah cheat day tetapi ada cheat meal. Saya makan makanan segera dan menu manis juga cuma makan sekadar untuk merasa, bukan untuk kenyang. Tak pun saya masak sendiri contohnya flourless banana oat cake ni sebab saya nak makan brownies tapi nak yang sihat. Rasa sedap juga.

diet

4. Bergerak dengan banyak
Sebaiknya anda perlu banyak bergerak atau buat senaman. Sebenarnya kalau tak buat senaman pun boleh kurus juga sebab 80% bergantung kepada pemakanan. Senaman itu cuma 20% sahaja. Tetapi senaman penting untuk buang berat lebih cepat dan kekal sihat. Saya biasa berjalan atau berlari.

5. Tidur yang cukup
Tidur yang tak cukup membuatkan kita kurang tenaga untuk buat aktiviti. Macam saya sendiri, biasanya tidur pukul 10 atau 11 malam dan akan bangun jam 5 pagi. Selepas subuh terus buat senaman sama ada berjalan atau berlari. Kemudian sarapan dan masuk kerja.

Bagi anda yang minta senarai barang dapur sebab tak ada idea nak beli apa, ini antara yang saya selalu beli dan topup. Makanan diet tak ada lah mahal, pilih ikut bajet sendiri. Boleh pelbagaikan menu untuk kurangkan rasa bosan atau tak selera. Harap ini membantu.

Cara Pengambilan Makanan

Saya makan tiga kali sehari, sarapan, tengah hari dan makan malam. Tetapi kalau lapar sangat baru saya ambil kudap-kudap.

Tak ambil sebarang suplement atau ubat sebab saya tak percaya semua itu.

Nak hilangkan berat sangat susah, jadi gemuk pun sangat sukar. Jadi berusaha ‘sekerasnya’, selamat berjaya!


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply