Lisa Blackpink Tak Pernah Hidup Tanpa Pelembap, Itu Saja Rahsia Jaga Kulit Wajahnya

Tidak dinafikan diantara mereka berempat, Lisa Blackpink memiliki wajah paling unik dan tak pelik pun kerana wanita ini berasal dari Thailand.

Sebelum pergi jauh cerita tentang kecantikan kulit Lisa atau nama sebenarnya Pranpriya Manoban, anda patut tahu siapa wanita ini sebenarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LISA (@lalalalisa_m)

Kenali Lisa Blackpink

Hampir setiap orang pasti tahu lagu mereka, DDU-DU DDU-DU dan Kill This Love. Malah ramai yang menghafal nama setiap ahli kumpulan ini iaitu Lisa, Jennie, Jisoo dan Rose.

Haa… jadi, ramai tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan anggota paling popular Blackpink ini dalam hal penjagaan kulit wajah khususnya.

Rahsia Cantik Lisa, Setia Pakai Pelembap

Menerusi satu temu bual, ramai yang terkejut kerana rutin kecantikan Lisa tidaklah serumit yang disangka. Memandangkan dia seorang artis dan hampir setiap hari terikat dengan persembahan, ramai membayangkan dia mungkin mengamalkan lebih daripada tiga regim kecantikan untuk memastikan kulit wajah sentiasa sihat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LISA (@lalalalisa_m)

Menurut Lisa, dia tidak pernah hidup tanpa pelembap dan pelembut wajah, malah kedua-dua produk kecantikan itu sentiasa berada dalam tas tangannya.

“Kedua produk penjagaan kulit muka ini mampu membaiki kerosakan muka sehingga ke lapisan yang paling dalam.

“Selepas mencuci muka saya akan menggunakan pelembap dan pelembut muka setiap kali sebelum masuk tidur,” kata ahli kumpulan Blackpink yang paling muda ini.

Ceritanya lagi, rutin ini perlu dilakukan setiap hari tambahan pula memiliki kulit wajah yang agak kering.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LISA (@lalalalisa_m)

“Bagi saya semua wanita pun cantik. Saya sendiri amat menghargai kecantikan kerana ia adalah anugerah tidak ternilai buat wanita dan kita sepatutnya menghargai setiap apa yang kita miliki,” katanya.

Betul tak puas tengok kecantikan Lisa ini, dan kita yang biasa-biasa ini sepatutnya disiplin dalam penjagaan skincare. Orang kata, tak cantik tak apa janji kulit tu sihat dan fresh!


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply