Perjalanan diet yang berjaya, ini salah satu perubahan saiz yang nampak hasilnya. Bukan ‘kaleng-kaleng’, hilang 28KG selepas berusaha jaga pemakanan setiap hari.
Menerusi perkongsian Puan Ulfa Alwi, dia yang beratnya 85 kg sebelum ini dapat turunkan sampai 57 kg. Sekarang selesa sangat nak bergerak dan yang penting dia kurus tanpa ambil produk, ya.
Jemput baca tips wanita yang berstatus ibu dan isteri ini amalkan sepanjang dia nekap nak kurus.
Kurus Tanpa Ambil Sebarang Produk
“Cara saya cuma tinggalkan minuman manis, makanan bergoreng, dan makanan yang mengandungi tepung.
“Sarapan wajib setiap hari, makan tengahari ambil protein dan karbo barulah kenyang sampai ke malam. Air wajib dua botol mineral besar sehari.
“Saya tak berapa pro lagi dalam bidang diet, tapi saya selalu belajar dan nekad.
Apa yang perlu dan tak perlu. Senam pun wajib buat. Saya buat dari rumah saja. Setiap pagi atau petang. Buat senaman kardio selama sejam.” Tulisnya.
Bila berat badan kita turun, kulit pun auto cantik.
“Hari itu saya ada kogsikan pasal penurunan berat badan saya setahun.
Tapi saya tak bagitau lagi detail tentang cara pemakanan dan senaman yang saya buat selama setahun. Sesiapa yang ada persoalan boleh lah baca perjalanan diet saya ni.” Kongsinya lagi.
Perjalanan Diet Yang Berjaya
Hakikatnya bukan senang nak ubah saiz kalau anda tak jaga makan. Namun untuk mudahkan anda, rujuk contoh gaya makanan wanita ini seperti di bawah.
Sarapan
Dua biji telur rebus / oat + nestum + kurma. Sebelum makan wajib ambil air putih segelas. Selepas makan pun sama. Kalau nak amik roti wholemeal campur dengan telur hancur pun ok. Yang penting wajib sarapan.
Tengah Hari
Nasi segenggam, ikan/ayam, sayur sayuran. Tapi saya jarang sangat ambil nasi. Bila rasa teringin baru amik. Kalau tak ambil nasi tukarkan kepada ubi kentang, jagung atau roti wholemeal dua keping.
Makan Malam
Saya jarang makan malam. Kalau rasa nak kunyah atau lapar boleh makan sebiji epal + oat. Tapi selalunya saya jarang sangat makan malam.
Minum air dua botol mineral setiap hari dan saya suka zumba. Seminggu 5 kali setiap petang selama sejam.
Dan setiap bulan saya suka reward diri saya. Sebulan 3 kali saya akan cari hari di mana saya akan makan benda yang saya teringin sangat.
Contoh nak minum air manis dan mcd saya makan dalam satu hari tu. Jadi memang tak stress langsung dengan diet. Dalam masa kita diet, kita boleh makan apa yang kita nak tapi jangan selalu. Boleh set dalam sebulan bila nak cheatday.
Semoga sesiapa saja nak turunkan berat, tercapai lah untuk tahun ni. Ingat, tiada siapa boleh tolong kita melainkan diri sendiri.
Konsisten dan mental yang cekal perlu, ok. Sebab hari hari kita akan hadap makanan sedap sedap di depan mata.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.