Kagum dengan perubahan yang dibawa oleh pengacara dan pelawak popular yang terkenal di Malaysia, Nabil Ahmad. Daripada pelawak dia berubah menjadi insan yang lebib baik dari segi penampilan.
Personaliti beliau yang peramah dan suka membuat lawak menyebabkan ramai yang meminatinya.
Sepanjang kerjaya dalam industri hiburan, beliau mengakui sudah melepasi zaman kejahilannya dan sudah tiba masanya untuk beliau berhijrah.
Dalam satu temubual bersama pihak media, Nabil Ahmad menyatakan sendiri hasrat beliau untuk berhijrah dan memperbaiki diri. Beliau berusaha untuk menggantikan solat yang pernah ditinggalkannya dulu ketika terlalu sibuk dengan urusan dunia.
View this post on Instagram
Dalam temubual tersebut juga, beliau berkata, dia berusaha mengamalkan solat 17 rakaat (2 rakaat Subuh, 4 Zohor, 4 Asar, 3 Maghrib dan 4 Ishak) pada setiap pagi sebelum masuk subuh bagi menggantikan solat yang pernah ditinggalkannya pada waktu beliau jahil dahulu.
“Ketika awal sertai usaha sebarkan dakwah, saya memang seorang yang jahil, mengaji al-Quran pun tidak pandai. Sering mendengar azan namun tidak ke masjid, tapi sekarang ini Allah berikan saya rasa kemanisan dalam Islam.
Saya cuba untuk solat 17 rakaat sebelum Subuh bagi menggantikan semula waktu solat yang tertinggal. Bagaimanapun seorang sahabat nasihatkan agar tidak terlalu memaksa diri. Apa yang penting adalah istiqamah,” ujar beliau.
Cuba Fahamkan Isteri Mengenai Dakwah
View this post on Instagram
Sepanjang proses penghijrahan, Nabil kerap mengikuti jemaah tabligh untuk keluar berdakwah. Sehubungan dengan itu, beliau mengakui terdapat cabaran tertentu yang perlu dihadapinya, salah satunya ialah untuk memahamkan isterinya, Nazirah Ayub.
“Antara ujian yang saya hadapi sepanjang usaha dakwah ini adalah untuk buat isteri sendiri faham. Maklumlah kalau dahulu saya sering menghabiskan masa bersama keluarga di rumah jika waktu cuti, tetapi sekarang ini lebih banyak keluar dan tinggalkan keluarga untuk tempoh lama.
Saya ingatkan isteri bahawa ini adalah pengorbanan untuk bantu kita semua di akhirat nanti. Semoga Allah memberi ganjaran dengan pengorbanan yang sedikit ini,” jelasnya.
Kekal Berada Dalam Dunia Hiburan Untuk Sebarkan Dakwah
Walaupun sudah memilih untuk berhijrah, namun Nabil masih ingin berada di dunia hiburan kerana mahu menyampaikan dakwah kepada orang ramai.
Baginya, pentas pengacaraan merupakan salah satu medium untuknya menyampaikan kebaikan ketika menjalankan tugasan sebagai hos.
“Tidak semestinya dengan perubahan sekarang ini saya perlu tinggalkan pekerjaan yang saya dah lama buat. Saya boleh selitkan zikir-zikir mudah ketika mengendalikan program. Itu antara salah satu cara untuk sampaikan dakwah. Selain itu saya anggap diri saya sebagai wakil golongan orang berdakwah yang tidak berpeluang untuk keluar TV,” katanya.
Kita semua manusia yang tak sempurna dan bila melihat situasi Nabil, sebaiknya kita ikut contoh baik yang ada dalam dirinya. Semoga penghijrahan beliau memberikan inspirasi kepada seluruh masyarakat untuk sentiasa memperbaiki diri.
Kredit: mStar
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.