Mengapa Masih Terdapat Pengeluar Menggunakan Rim Jejari Pada Motosikal?

Motosikal menggunakan jejari sering kali kita lihat pada keluaran moto motosikal yang lama seperti Yamaha 125z, Honda Ex5 dan pelbagai lagi model motosikal pada tahun 90-an.

Namun pada tahun 2024, hampir semua model motosikal di pasaran telah menggunakan sportrim sebagai standard untuk setiap keluaran baharu motosikal. Timbul persoalan mengapa masih terdapat motosikal berkuasa tinggi seperti BMW GS, Kawasaki Versys X 250  dan KTM 1290 Super Adventure R masih lagi menggunakan jejari sebagai standard untuk motosikal mereka?

Hari ini Roda Panas akan merungkai persoalan ini.

Mengapa Penggunaan Sportrim Menjadi Satu Kemestian Untuk Setiap Model Baharu Motosikal?

“Cast” atau “forged wheels” (yang akan saya sebut sebagai sportrim supaya mudah untuk difahami) menawarkan beberapa kelebihan menarik. Namun masih terdapat sebab fungsi sportrim ini dibina dan digunakan pada motosikal.

Pertama, sportrim adalah ringan dan kuat.  Berat boleh menjadi perbandingan yang sukar. Secara logik rim jejari lebih ringan daripada sportrim, namun terdapat juga sportrim yang diperbuat daripada magnesium atau gentian karbon yang sangat ringan dan sering digunakan dalam perlumbaan.

Kredit Foto : Website RCB

Pada kelajuan yang sangat tinggi, reka bentuk aerodinamik pada sportrim amat penting dan  diambil kira apabila mereka direka bentuk, ianya akan menghasilkan lebih banyak kesan aerodinamik untuk menstabilkan motosikal berbanding daripada rim jejari.

Kerana tiada lubang di dalamnya, sportrim juga membenarkan penggunaan tayar tanpa tiub. Tayar tanpa tiub membenarkan penggunaan tayar di atas motosikal untuk bergerak. Sportrim juga susah untuk rosak, kerana hanya ada satu lubang sahaja (valve tiub) berbanding 41 lubang  di setiap jejari yang terdapat padai rim.

Daripada sudut pengeluaran, Pemasangan rim jejari memerlukan kos tenaga kerja yang tinggi. Memerlukan ramai tenaga kerja untuk memasang, membuat “balancing” dan memasang tiub tayar. Justeru penggunaan sportrim untuk keluaran motosikal secara “mass produce” akan menjimatkan masa dan kos pengeluar.

 

Jadi Mengapa Rim Jejari Masih Dibuat?

Sebelum menjawab persoalan ini, adakah anda sedar bahawa kebanyakan motosikal yang menggunakan Rim Jejari pada masa kini adalah kategori motosikal “Adventure/Touring atau Dual Purpose termasuk juga model-model motosikal untuk kegunaan “off road”?

Ya! Rim Jejari  sangat berkesan dalam memindahkan impak tenaga daripada seluruh roda berbanding dengan sportrim. Rim jejari mempunyai ciri-ciri yang membolehkan ia untuk “bending”, “twisting”, dan “flexing” apabila terdedah kepada tekanan radial yang kuat.

Kredit Foto : Website dirtbiketest

Sesuai dengan cara tunggangan, motosikal Adventure banyak digunakan di kawasan “off road” yang mempunyai struktur muka bumi yang tidak rata dan penggunaan rim jejari dapat mengurangkan kerosakan pada rim motosikal jika dikenakan tekanan yang agak kuat.

Berbanding sportrim, ianya akan menyerap lebih banyak tekanan dan boleh menyebabkan sportrim itu menjadi bengkok malahan ada juga yang patah dan pecah. Jika roda tidak lagi kukuh secara struktur atau tidak dapat mengekalkan udara pasti ianya akan pecah atau patah.

Namun dengan teknologi yang ada pada masa kini, telah banyak motosikal yang menggunakan Rim Jejari boleh menggunakan tayar tanpa tiub dengan kaedah tertentu namun bagi penulis penggunaan rim jejari nampak lebih klasik dan kemas jika digunakan berbanding dengan penggunaan sportrim.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply