Az Pemurah Tutup Identiti Elak Rasa Riak

Az Pemurah Tutup Identiti Elak Rasa Riak. Minat mendalam dalam fesyen pendorong utama AZ Pemurah hasilkan Doa AZ. Pempengaruh yang juga usahawan wanita terkenal AZ Pemurah telah melancarkan DOA AZ iaitu koleksi Tudung Premium Cotton Voile ‘Gempak Raya’ Bertemakan Menu-Menu Aidilfitri.

Bertempat Di Astana Event Hall, Bamboo Hill Kl baru-baru ini, AZ Pemurah yang terkenal dengan  sikapnya yang lebih senang menyembunyikan wajah sendiri ketika menyantuni mereka yang memerlukan akui  sudah lama berminat dalam bidang fesyen. 

Az Pemurah Tutup Identiti Elak Rasa Riak

Menurut AZ Pemurah jenama hijab yang dihasilkan mengimbangi idealogi serta pemintaan fesyen masa kini. Malah minat yang mendalam juga mendorong dirinya dalam penjanaan setiap rekaan tudung.

“Sejak dulu memang saya minat dalam bidang feyen. Sewaktu saya buat live Tik Tok ramai yang bertanya selain sumbangan derma kepada orang ramai apa lagi yang saya lakukan. 

“Sejak itu saya dan suami berbincang dan tercetuslah rangkaian tudung DOA AZ. Menerusi jenama ini saya dan suami telah sepakat dari awal 30 peratus dari keuntungan jualan rangkaian DOA AZ kami akan derma pada mereka yang memerlukan. 

“Duit tersebut diletakkan siap-siap ke akaun lain supaya tak digunakan. Sebabnya kami dah niat untuk beri zakat duit itu jadi tak bolehlah sentuh,” kongsi AZ Pemurah.

 

Tak Nak Tunjuk Wajah, Elak Takbur dan Riak 

Seperti yang diketahui ramai, AZ Pemurah berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan tanpa menunjukkan wajahnya di media sosial. Bagi AZ Pemurah, memelihara rahsia identiti peribadi adalah keutamaan. 

“Memang ramai yang tanya, siapa AZ Pemurah ini. Kalau dalam video atau gambar pun, memang saya tak akan tunjuk wajah. Bukan apa, lebih kepada menjaga diri sendiri daripada pelbagai perasaan takbur dan riak.

“Saya mahu buat kebajikan, bantu orang tanpa perlukan perhatian. Cukuplah Tuhan tahu niat dan keikhlasan saya. Ini adalah cara saya berkongsi rezeki dan mengumpul amal menuju ke alam berbeza,” ujarnya.

 

“Beraya Bak Dewi” Menjelang Aidilfitri 

Berbicara lebih lanjut mengenai koleksi hijabnya, AZ Pemurah menjelaskan dirinya telah bekerjasama dengan perancang fesyen berjaya dan menghasilkan lebih daripada 181 rekaan, membentuk 18 koleksi pertama DOA AZ. 

Koleksi terbaru yang dilancarkan terdiri dari 20 rekaan menawan dihasilkan dari material premium cotton voile yang eksklusif, sekaligus menawarkan kemasan laser cut yang berbeza bagi setiap edisi. 

Tudung bawal segi empat tepat (square) dengan corak yang menarik dan trendy ini juga sesuai dikenakan dengan apa saja gaya memastikan semua pemakai “Beraya Bak Dewi” Aidilfitri nanti. 

Selesa, mudah digosok malah senang dibentuk mengikut citarasa, setiap satu design berukuran 115cmx115cm bertemakan menu-menu tradisi yang kebiasaanya dihidang pada Aidilfitri kelak. Koleksi DOA AZ boleh dibeli dengan harga serendah RM29.00 untuk Semenanjung Malaysia, dan RM31 untuk Sabah dan Sarawak. Koleksi ini kini boleh dimiliki menerusi reseller-reseller DOA AZ yang berdaftar.


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply