Terpesona melihat air wajah ayu Tunku Tun Aminah jadi kanvas solekan dari MUA terkemuka Thailand, Babara Beer.
Jurusolek yang berasal dari negara jiran ini cukup terkenal dengan solekan tak berat dan hasilnya glowing.
Kalau sekali tengok reels toturial mekap Babara, memang ralit melihat hasil solekan yang memukau. Tak tebal tetapi nampak semula jadi.
Tunku Tun Aminah yang lebih mesra dipanggil Ku Inah oleh rakyat Johor, dahulu mempunyai akaun peribadi Instagram. Gemar berkongsi gaya fesyen dan pelbagai tips gaya hidup, ramai yang rindu untuk Ku Inah kembali muncul dalam media sosial.
Setelah mendirikan rumah tangga bersama seorang warganegara Belanda dan kini mempunyai seorang puteri cahaya mata, Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim semakin sibuk menguruskan kehidupan peribadi bersama keluarganya dan jarang dilihat di media sosial.
Nah, menerusi Instagram Babara Beer, Ku Inah disolek manis untuk dua resepsi. Babara acap kali mengucap tanda terima kasih dan penghargaan kerana dipanggil sendiri oleh Ku Inah untuk dijadikan penata rias wajahnya.
View this post on Instagram
Terpukau melihat wajah bare Ku Inah. Bersih, berseri dan sesungguhnya memang cantik semula jadi. Ditambah dengan solekan air tangan Babara, lagi naik seri wajahnya.
View this post on Instagram
Antara gambar hasil solekan yang pertama. Boleh jadi idea untuk mekap hari pernikahan akan datang. Bentuk mata bundar dan hidung mancung Ku Inah dirias tipis dan berhati-hati tanpa menganggu kecantikan yang asal.
Solekan kedua pula, tampak lebih glamorous tetapi tetap anggun dengan kelebihan kulit Ku Inah yang sangat licin.
View this post on Instagram
Lengkap dengan gaya rambut high pony-tail, belahan eyeliner lebih tebal serta kilauan glossy bibir. Orang kalau dah cantik, buatlah simple mana pun tetap akan nampak cantik!
Kalau anda nak tengok lagi hasil solekan Babara Beer yang lain, boleh terus ke Instagram @babarabeer_makeup. Nampaknya jurusolek berbakat Thailand bertambah lagi pengikut dari Malaysia gara-gara Tunku Tun Aminah!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.