Semakin suka tengok imej pelakon, Datin Lisa Surihani, dengan menutup kemas auratnya dan sesekali keluar tanpa secalit mekap, auranya tetap ‘manis’.
Nampak begitu ikhlas ibu kepada tiga cahaya mata ini membawa diri dalam perubahan imejnya. Namun selebriti ini sedaya upaya tak mahu terlalu bercerita dan berkongsi secara umum tentang perjalanannya berubah ke arah yang lebih baik.
Imej Lisa Surihani Sejukkan Mata Memandang, Pilih Kekalkan Tutup Apa Yang Wajib
Menerusi portal Utusan Malaysia, pemegang tiga trofi Festival Filem Malaysia ini menganggap, setiap manusia yang istiqamah berubah mempunyai perjalanan masing-masing dan dia juga punya cerita yang mahu disimpan untuk diri sendiri.
“Bukan tidak mahu berkongsi, tetapi setiap orang ada cerita dan perjalanan sendiri. Apatah lagi, jika berkait rapat dengan aspek kerohanian.
“Mungkin ada sedikit rasa dalam diri ini, tetapi bagi saya, ia tidak perlu diceritakan,” katanya.
Join Majlis Ilmu Agama
Isteri kepada pengarah dan pelakon tersohor, Datuk Yusry Abdul Halim menjawab isu segelintir netizen yang mendakwa majlis ilmu dihadiri ramai selebriti sebagai acara menunjuk-nunjuk, Lisa berkata, dia menerima jemputan untuk berkongsi dan menambah ilmu agama.
“Setakat ini, saya belum pernah nampak komen sebegitu. Tetapi, menjawab persoalan itu, saya dan rakan selebriti lain dijemput untuk berkenalan dan berkongsi ilmu.
“Itu adalah majlis pengisian untuk kita belajar ilmu agama. Setiap bulan, kita akan bertukar-tukar tuan rumah. Alhamdulillah, ia majlis ilmu yang baik,” katanya.
Dalam perkembangan terbaru, Datin Lisa dilihat cukup aktif dalam perniagaannya menerusi produk penjagaan rambut jenama sendiri yang diberi nama Suri.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.