Terpesona melihat penampilan labuh dan sopan Ruby Che Wan iaitu adik kepada pelakon jelita Rozita Che Wan ini. Sejuk mata memandang walau tidak bermekap tebal.
Ya, dia mungkin tidak sepopular Che Ta dan adiknya, Ayu Raudhah kerana tidak melibatkan diri dalam dunia seni namun auranya tetap memikat golongan wanita yang memandangnya.
Pilih Gaya Sopan Dan Bertudung Labuh, Ruby Che Wan Tetap Nampak Manis
Namun apabila Rubytah atau mesra disapa Ruby mengahwini pelawak terkenal, Lan Pet Pet pada 20 Ogos 2008 secara tidak langsung setiap gerak-geri dan kelibatnya menjadi perhatian khalayak ramai.
Bagaimana pun, pasangan ini cukup menjaga privasi diri, anak-anak dan keluarga. Berkongsi kisah penghijrahan, semuanya bermula ketika dia dan suami menerima panggilan menunaikan ibadah haji pada tahun 2017.
“Saya melakukan transformasi diri dengan melabuhkan sedikit tudung selepas pulang daripada mengerjakan haji. Perubahan ini berlaku apabila saya terfikir sudah beberapa kali mengerjakan umrah namun apabila tiba masa mahu meninggalkan Tanah Suci timbul rasa tidak seronok.
Apabila saya berada di Tanah Suci dan kembali ke Malaysia umpama berada dalam dua dunia yang berbeza. Sepatutnya ke mana sahaja kita berada amalan dan pakaian kita adalah sama.
Sejurus pulang dari mengerjakan haji, saya nekad untuk mengubah penampilan. Penghijrahan ini bukan untuk menunjuk alim dan sebagainya tetapi mahu menyarung pakaian yang boleh di bawa solat tidak kira masa dan tempat.”
Walau tidak aktif dalam dunia senia seperti adik beradiknya yang lain, namun Ruby mempunyai jenama pakaian sendiri di bawah label MaliqaJilbabSyari’i.
Suka Rapi katakan, penampilannya yang sopan itu lah menyerlahkan lagi kejelitaannya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.