Tak sangka umur Sherry Ibrahim dah 40 tahun ya, tetapi tengok penampilannya anggun, cantik dan bertubuh langsing. Langsung tak makan dek umur.
Ya, mungkin anda boleh kata sebab dia belum berumah tangga lagi, jadi mampu jaga body. Namun realitinya, ada juga wanita di luar sana belum kahwin tetapi langsung tidak berminat untuk menjaga penampilan.
Umur Dah 40 Tahun, Sherry Ibrahim Tetap Cantik Dan Fit
Selain lasak, bekas pramugai ini juga seorang yang sangat menitikberatkan soal kecantikan dan kesihatan.
Baru sahaja genap usia 40 tahun pada 3 April 2023 yang lalu, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim meluahkan kesyukuran serta berkongsi kegembiraan bersama para pengikut dan peminatnya di Instagram.
Hantaran video pendek di Instagram, menunjukkan Sherry sedang memegang sebiji kek harijadi sambil meniup lilin. Penampilan Sherry ketika itu juga ringkas dengan wajah yang polos namun berseri.
Di ruangan kapsyen, Sherry bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas di bumi Allah. Sherry turut meluahkan seakan tidak percaya kini usianya sudah mencecah 40 tahun.
“3rd April 2023. Syukur Alhamdulillah another year older.
“And i cannot believe I’m 40.”
Tak dilupakan, Sherry turut berterima kasih kepada mereka yang menitipkan ucapan kerana ia sangat bermakna buat dirinya.
“I want to express just how much all of your birthday wishes meant to me today.
“I adored each and every one of you and want you all to know how very much I appreciate each of you taking a little time out of your day to think of me.”
Sherry turut meluahkan rasa terharunya kerana ramai yang mendoakan lantas terasa dirinya disayangi.
“Thank you for all your doa too.
“Sherry sangat terharu dan rasa diri ini disayangi. Semoga kite semua berada di bawah lindungan-Nya, always tenang dan bahagia di dunia dan Akhirat. AMIN YRA.”
Anak sulung dari tiga beradik ini bertuah kerana memiliki keluarga yang baik, sahabat-sahabat serta followers yang hebat.
BISNES
Selain aktif dalam bidang seni, Sherry juga kini ligat mengusahakan bisnes salun rambut miliknya, Khatulistiwa Hair Spa.
“Nasihat saya, dalam bisnes ni usah takut dengan pesaing selagi ia memberi kesan yang positif. Jangan letakkan diri kita terlalu di atas, sombong dan selalu rasa the best.
“Hidup ini ibarat roller coaster. Kadang-kadang kita di atas, kadang di bawah. Ini yang selalu saya tanam dalam diri. Setiap hari adalah learning process.
“Kalau nampak orang lain lebih baik daripada kita jangan rasa cemburu atau dengki. Belajarlah dengan kelebihan dan kebaikan bagaimana dia menjadi sangat sukses dan kaya.
“Itu yang kita nak bila berbisnes. Dengan izinNya kita akan berjaya, tak kira lambat atau cepat.”
PERNAH BERGELAR PRAMUGARI
Pada 2001 Sherry pernah bergelar pramugari di Malaysia Airlines (MAS). Setelah tamat kontrak pada 2006, Sherry meneruskan kariernya dalam bidang lakonan pula.
Di saat namanya sedang melonjak naik dalam bidang lakonan, pengacaraan serta iklan, Sherry mengambil keputusan berhijrah ke Qatar, Doha kerana mendapat tawaran kerja sebagai pramugari di syarikat penerbangan antarabangsa, Qatar Airways.
Kredit Foto: Instagram Sherry Ibrahim
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.