Siapa perasan dengan perubahan badan Park Shin Hye sekarang? Bila scroll dan tengok gambar serta videonya di Instagram, memang tak nafikan aktres ini nampak sangat langsing badannya.
Agaknya apa rahsianya ya?
Patutlah Park Shin Hye Turun 10kg Sebulan, Ini Caranya!
Park Shin Hye yang bakal membuat kemunculan semula dengan menerusi drama “Doctor Slump”, rupanya sangat menitikberatkan penampilannya ketika berada di kaca televisyen. Demi kemunculan semula selepas bersalin dan nampak cantik sempurna di kaca televisyen, ada sumber mengatakan Park Shin Hye menjalani diet yang agak ketat.
Dan hasil daripada diet yang dilakukannya itu berjaya menurunkan berat sebanyak 10kg sebulan. Hebat kan?
Nak tahu tak diet apa yang dilakukannya?
Dipetik daripada beberapa sumber seperti KPop Herald, Daily Vanity, IG News; aktres ini mengaku bahawa dia melakukan diet yang strict dan senaman untuk mendapatkan bentuk badannya yang sekarang. Dan katanya setiap hari, dia akan hanya makan dua kali sehari (ada masanya 3 hari sekali jika kekurangan tenaga), dan sebaiknya berhenti makan selepas 6 jam.
Untuk makanan hariannya, Park Shin Hye akan makan:
Sarapan Pagi
Untuk sarapan pagi, Park Shin Hye akan mengambil sarapan pagi yang terdiri daripada sebiji timun dan segelas susu rendah lemak. Katanya timun boleh memberikan rasa kenyang kerana kandungan airnya yang tinggi. Manakala susu rendah lemak pula dilengkapi dengan beberapa nutrien penting yang diperlukan oleh badan seperti kalsium, protein, Vitamin B, phosphorus, potassium dan Vitamin D.
@obsessedwithkdramas #doctors #kdrama #fypシ #parkshinhye #jisoo #fyp ♬ original sound – 🫶
Makan Tengah Hari
Sekitar makan tengah hari, aktres ini akan makan makanan yang memberikan tenaga padanya untuk kekal cergas sepanjang hari. Dan menu pilihannya adalah separuh nasi dan dua helai kubis Cina sahaja.
Kebaikan nasi dan kubis Cina:
Nasi mempunyai karbohidrat yang boleh ditukar menjadi sumber tenaga yang bagus, dan ia juga dipenuhi dengan mineral serta vitamin yang boleh kekalkan badan bertenaga sepanjang hari.
Manakala kubis Cina pula mengandungi kalori yang rendah dan serat yang tinggi. Bukan itu saja, kubis Cina juga ada mikronutrien lain yang badan kita perlukan termasuklah Vitamin A, zat besi dan riboflavin.
Makan Malam
Sekiranya Park Shin Hye berasa tidak bertenaga dan memerlukan makanan, dia akan makan sebiji timun dan hanya dua kubis Cina untuk mengalas perut serta elak daripada makan di tengah malam.
Minuman
Selain minum air kosong dengan cukup dan elak daripada minum air manis, Park Shin Hye kebiasaannya akan minum air sari kacang merah. Dedahnya air sari ini akan membantu meredakan kembung perutnya.
Secara tak langsung, kacang merah juga boleh menurunkan dan mencegah berat badan serta melancarkan proses pencernaan.
Kalau diet seperti ini, memang tak hairanlah kalau boleh hilang 10kg sebulan kan?
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.