Nampak Dira Abu Zahar sekarang dah tak pakai mekap tebal, malah makin manis walau memilih pakaian sederhana selari dengan umurnya yang sudah masuk 39 tahun sebagai seorang ibu dan isteri.
Sebelum ini Dira Abu Zahar sinonim dalam industri seni sebagai pelakon dan pengarah. Namun kini pemilik nama Datuk Khaidirah Dato’ Seri Abu Zahar ini makin dikenali selaku ahli politik.
Apatah lagi selepas dia berjaya memenangi kerusi dalam PRU ke-15 lepas dan dilantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Rim di Melaka.
Tak Pakai Mekap Tebal, Dira Abu Zahar Pilih Cara Bersederhana
Meskipun tidak lagi mewarnai dunia seni, penampilan Datuk Dira sentiasa menjadi perhatian peminat. Rancak merencana usaha membangunkan kawasan Rim, tumpuan figura tersebut kini lebih terarah kepada masyarakat setempat.
Menerusi kemaskini dan gambar yang dimuat naik di media sosial, kelihatan penampilan Datuk Dira yang bersederhana dan simple. Tidak mengenakan solekan tebal, dia juga cukup ceria dan ramah melayan tetamu yang hadir.
“Sebab jujurnya, if it’s not because of arts and politics, saya adalah jenis introvert, or pemalu sebenarnya. But a progressive one I guess. Ini keluarga Rim kita yang saya sayangi. Demi mu ku sanggup apa sahaja.”
Kongsinya lagi di platform Instagram, “The one thing I love about being a politician is that you’re not allowed to be in a glasshouse.
Go and meet people. Get to know with each and everyone. Talk to strangers. Be nice and kind to everybody. Keep smiling. Everyday. Every time. No matter what.”
Datuk Dira dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam pada tahun 2020.
Penglibatan Datuk Dira dalam dunia politik nyata mengikut jejak langkah Allahyarham bapanya iaitu Dato’ Seri Abu Zahar Ithnin yang pernah menjadi Ketua Menteri Melaka kelapan.
Datuk Dira mendirikan rumah tangga dengan Syfik Idzywan Sidek pada 21 Jun 2020. Dia kini bahagia menggalas tugas sebagai ibu kepada lima cahaya mata iaitu Tengku Anggun Deandra yang kini berusia 16 tahun dan Waris Iskandar, 5 tahun serta tiga orang anak suaminya hasil perkahwinan terdahulu.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.