Terkejut tengok penampilan terbaru Anne Ngasri, nampak makin slim sungguh! Dengan senyuman yang tak lekang di wajahnya, nampak awet muda dengan usiannya yang semakin meningkat.
Pernah membintangi beberapa filem tempatan seperti Dunia Baru The Movie, Love Supermoon, Anne Ngasri merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri di Malaysia. Adik kepada Bell Ngasri ini tidak perlu dikenalkan lagi kerana bakatnya dalam lakonan yang sering dipuji ramai.
Selepas beberapa tempoh lama tidak muncul di kaca televisyen, Datin Anne Ngasri dilihat bahagia melayari kehidupan Bersama suami dan anak-anaknya.
Namun baru-baru ini, kelibatnya yang hadir di sebuah siding media pelancaran filem terbaru di bawah syarikat terbitannya (AN Universal Sdn Bhd) cukup menarik perhatian khalayak ramai. Bermula dari seorang pelakon, kini Datin Anne Ngasri cuba mengorak Langkah ke bidang produksi pula.
Anne Ngasri 9 Bulan Tak Makan Nasi, Patutlah Nampak Makin Slim!
Pelakon tersebut akui dia lebih cakna menjaga pengambilan makanan agar dapat mengelakkan masalah kesihatan “tradisi” setelah hampir memasuki lingkungan usia 40 tahun.
Selain amalan banyak minum air kosong, Datin Anne Ngasri akui sudah 9 bulan tidak makan nasi. Hasilnya, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11kg iaitu paras yang lebih ideal.
@mingguanwanita Datin Anne Ngasri ni wajahnya maintain je awet muda! Antara tip jaga makan tau! Walau kecil molek Anne dah ada anak usia remaja ya! #isteri #anak #annengasri #fyp ♬ original sound – MingguanWanita
Selepas menyepikan diri dari dunia lakonan dalam tempoh yang lama, netizen memberi pujian terhadap kecantikan Datin Anne Ngasri. Sudah berpuluh tahun berlalu, tetapi wajah pelakon wanita ini seperti tidak makan usia.
Hal ini sekaligus mengingatkan mereka terhadap adik-beradik lainnya yang memang jenis nampak muda sentiasa.
Untuk rekod, Datin Anne Ngasri telah berkahwin dengan Datuk Mohd Sumali Reduan pada tahun 2012. Terdahulu, Datin Anne Ngasri pernah berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan dan hubungan tersebut terlerai pada tahun 2010.
Sumber: TikTok Mingguan Wanita
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.