Sherie Merlis Tak Dimamah Usia Walau Dah Masuk 50-an, Maintain Cantik!

Cukup suka melihat perwatakan Sherie Merlis, macam langsung tak dimamah usia walau sudah berusia 50-an. Murah dengan senyuman, itu lah salah satu yang membuatkan air wajah ini awet muda.

Terkenal sebagai anak seni yang tak lekang senyuman di bibir dan bakat lakonan yang mantap, Sherie Merlis atau nama sebenarnya Sharifah Saadah Wan Zainal Abidin masih aktif mewarnai industri seni.

Malah, dia juga menjadi tenaga pengajar FINAS bagi mengasah kemahiran penghayatan lakonan dalam kalangan bakal pelapis baharu.

Walau industri seni hari ini menerima kehadiran ramai muka baharu namun pesona dan kemampuan Sherie sebagai pelakon sentiasa mendapat pujian dan dinanti-nantikan peminat seni tanah air.

Pendek kata, aura ibu empat anak ini masih berbisa. Sherie dilahirkan di Sibu, Sarawak dan khabarnya mewarisi keturunan Arab dan Melayu dari ayah. Manakala ibunya pula berketurunan Melayu dari Indonesia dan Cina.

Sepanjang lebih 30 tahun bergelar anak seni, Sherie berjaya membawa watak dan menggalas karakter yang diberikan dengan sebaiknya.

Komitmen dan disiplin aktres ini dalam kariernya terbukti menerusi i-Tanggang yang menguji kemampuan Sherie melakonkan watak ibu psiko. Pelakon serba boleh!

Sebelum ini dia pernah membintangi filem Leftenan Adnan dan tahun 2022 Sherie muncul dalam filem Tablis Iblis serta Coast Guard Malaysia: Ops Helang pada Februari 2023.

Kredit Instagram @harithdaniel_iam

Terdahulu, dia pernah berkahwin dengan pelakon Esma Daniel dan dikurniakan dua anak iaitu Habib Daniel, 29 tahun dan Harith Daniel 28 tahun.

Pada 2 Januari 2012, Sherie bergelar isteri kepada Tengku Shafiz Rullah As Syafiee atau dikenali sebagai Ash. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tengku Kaseh Anaqah berusia 11 tahun dan Tengku Areef Bolkiah, sembilan tahun.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply