Tiada Istilah Sunyi Bagi Raja Ema, Hidup 20 Tahun Sendirian Pun Okay

Penyanyi dan pelakon Raja Ema pernah berkongsi tentang rasa, tiada istilah sunyi dalam hidupnya biarpun hidup sendirian lebih 20 tahun.

Kekal menawan pada usia separuh abad, Raja Ema bahagia hidup bersama dua orang anaknya peneman hidup iaitu Putera Ammar, 28, dan Putera Al Kashah, 26.

Tiada Istilah Sunyi Bagi Raja Ema, Hidup 20 Tahun Sendirian Pun Okay

Raja Ema yang pernah dipopularkan pada tahun 80-an iaitu Jejaka Idaman dan Angan Angan mengakui sudah malas untuk berfikir soal jodoh atau mencari teman hidup.

Katanya lagi yang kini aktif berlakon, urusan jodoh ini tidak diketahui bagaimana akhirannya. Kalau berniaga atau terbabit dalam dunia seni  akan tahu pencapaiannya.

“Saya bukan nak menakutkan sesiapa tetapi bila bab perkahwinan ini kita berurusan dengan manusia.

Kalau kita berharap perkahwinan yang dibina itu sehingga ke syurga sekali pun, belum tentu kita dapat mencapainya.”

“Tiada istilah sunyi dalam hidup saya. Kalau ada pasangan pun, belum tentu saya boleh buat macam-macam benda.”

 

Tak Fikir Pasal Jodoh Dalam Usia Begini

Mengakui ada yang bertanya mengenai kehidupan solonya, Raja Ema tidak ralat hidup sendirinya baginya itu cukup membahagiakannya.

“Cuma saya sudah tetapkan yang mati nanti pun seorang, jadi saya okey saja begini. Tipulah kalau saya katakan saya tidak takut apabila bersendirian, lebih-lebih lagi baru dijangkiti Covid-19 pada awal tahun ini sehingga tidak dapat teruskan perniagaan.

Katanya lagi, tidak meletakkan sebarang harapan tapi biarlah urusan jodoh ini datang pada waktu yang tepat.

Begitulah kuatnya seorang wanita, sampai satu tahap akan selesa memilih untuk hidup sendirian tanpa lelaki.

Kongsi Tip Cantik

Ketika ditanya tip untuk kekal sihat dan cantik, Raja Ema dalam satu perkongsian di memberitahu, wanita perlu sentiasa aktifkan diri.

“Bila kita aktifkan diri, kita akan rasa lebih ceria, lebih cergas dan fikiran juga jadi tidak jadi terlalu kusut.

“Selain itu, saya memang sangat menjaga pemakanan. Dalam masa sama sekali atau dua kali seminggu atau dua minggu sekali Kekma memang akan pergi bersenam dan sebagainya untuk menjaga kesihatan,” katanya yang memang dari dulu sangat minat berniaga terudama dalam bidang kecantikan.

Sumber: Harian Metro dan Instagram rajaema

 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply