Pelakon jelita, Fasha Sandha, 39, berkongsi niatnya mahu hamil lagi untuk tahun hadapan walau pun badannya semakin slim selepas usahanya dalam menurunkan berat badan.
Bukan sia-siakan usaha selama ini tetapi Fasha, berkata, suaminya yang juga pelakon Aidil Aziz mahu seorang lagi cahaya mata lelaki. Jadi, apa salahnya mencuba nasib jika mampu.
Namun hasrat suaminya itu terpaksa ditangguhkan buat masa ini kerana dia sibuk menjalani penggambaran.
“Insya-Allah, saya merancang menambah seorang lagi cahaya mata, tahun depan. Suami minta tahun ini, tetapi komitmen tidak membenarkan saya untuk hamil.
“Suami sebenarnya nak sangat anak lelaki, supaya anak-anak jadi dua pasang.
“Saya sudah ada dua anak perempuan dan seorang anak lelaki, jadi eloklah jika kami menambah seorang lagi anak bayi lelaki,” katanya.
Sementara itu, Fasha menolak dakwaan semakin seksi selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram (kg).
Fasha berkata, dia sekadar memakai semula pakaian lama sebelum berat badan naik dahulu.
“Mungkin karakter saya sebagai Datin Safia iaitu seorang yang ‘daring’. Masa saya bulat dahulu pun, saya masih sama, cuma orang tidak perasan.
“Orang nampak kelainan kerana baju lama saya sudah muat balik,” katanya lagi.
Mengambil masa lebih lapan bulan menurunkan berat badan sebanyak 18kg, Fasha berkata, dia hanya menjamah dua sudu nasi dan ikan sebagai sumber protein bersama produk makanan tambahan keluaran Inayah Beauty sepanjang proses mengurangkan berat badan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.