“Syukur Alhamdulillah” Sharifah Amani Umum Hamil Anak Pertama!

Sekian lama menanti, akhirnya pelakon yang cukup dikenali dengan lakonan bersahajanya, Sharifah Amani mengumumkan kini hamil anak pertama.

Menerusi Instaramnya, bakal ibu ini memuat naik momen sewaktu memberitahu keluarga dan kenalan tentang perkhabaran gembira itu.

Amani yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Faris Amir, 38 tampak cukup bahagia malah sentiasa tersenyum riang sepanjang melihat keputusan kit ujian kehamilan bersama suami.

“Syukur Alhamdulillah,” tulisnya ringkas menerusi kapsyen.

Momen bahagia itu turut sama diraikan Amani dan suami bersama kaum keluarga mereka dan sahabat terdekat.

Dapat dilihat reaksi keluarga dan rakan-rakan kepada pelakon berusia 37 tahun itu cukup teruja serta gembira dengan perkongsiannya tentang kandungannya sewaktu diberitahu.

Rakan-rakan selebriti juga tidak kurang dilihat meninggalkan ucapan tahniah atas perkhabaran gembira itu malah mendoakan yang terbaik buatnya.

Terdahulu, Amani dan suaminya, Ahmed Faris mendirikan rumahtangga pada 9 September 2022.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Amani (@sharifah_amani)

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.

Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1

https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply