Perkembangan bayi mula dilihat seawal usia bayi 1 bulan. Jika dilihat daripada perkembangan bayi bermula usia 1 bulan hingga 12 bulan, mama dan papa pasti akan dapat lihat yang ‘si kecil’ kesayangan mama dan papa semakin ‘maju’ dari bulan ke bulan.
Selepas berhari-hari kepenatan, tidak cukup tidur dan anak melayan kerenah bayi meragam, kadang-kadang membuatkan mama dan papa risau tentang ‘bonding.’ Paling utama sering mama dan papa terfikir adakah mereka sudah lakukan yang terbaik buat si manja kesayangan.
Perkembangan Bayi Usia 1 Hingga 12 Bulan
Persoalan ini membuatkan ibu bapa mula tidak senang dan resah. Maka hari ini ketahuilah, bahawa dalam proses kita berterusan menghadapi kesukaran membesarkan bayi, sebenarnya kita telah berjaya membentuk ‘bonding’ yang sangat istimewa – ada caranya untuk kita tahu.
Manusia kecil (bayi), mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk menunjukkan bahasa cinta dan penghargaan buat ibu bapa. Bahkan, cara mereka ini lebih indah dari puisi-puisi cinta ataupun lain-lain ‘grand gesture’ seumpamanya. Lihat dengan teliti, dan cari tanda cinta ini pada bayi kita.
Usia 2 Bulan Sudah Boleh Senyum
1. Bayi kenal bau dan bunyi kita (1 bulan)
Suara dan juga bau kita pastinya termasuk dalam senarai koleksi kegemarannya. Sebab itu bayi pada usia ini akan pusingkan kepalanya mencari kita, walaupun pada ketika itu terdapat orang lain juga di dalam bilik. Bahkan mengikut kajian ‘neuroscientist’, bayi yang berusia seawal 1 minggu pun akan memusingkan kepala ke arah ‘breast pad’ yang direndam dengan susu ibu.
2. Bayi tersenyum pada anda (2 bulan)
Pada dua minggu awal kelahiran, senyuman anak mungkin hanyalah sekadar ‘passing gas’. Namun ketahuilah, apabila usianya mencecah 2 bulan, senyuman yang diberikan istimewa untuk kita. Yup! Istimewa untuk kita. Bayi akan mula menyedari bahawa dengan memberi senyuman, dia akan mendapat perhatian kita. Cubalah senyum dulu tanpa suara, dan lihatlah bayi kita tersenyum kembali.
3. Bayi mahu anda sentiasa dalam pandangannya (4 bulan)
Dalam lingkungan usia 4 bulan pula, ianya menjadi satu perkara yang sangat digemari bayi untuk melihat mata anda. Bayi akan sangat suka untuk renung mata kita sepertimana kita suka merenung mata si comel. Jika perkara ini berlaku, jangan pula kita ‘ignore’ mereka. Kerana ketahuilah, ini ialah peluang yang baik untuk mengajar bayi kita nilai positif daripada ‘give-and-take’.
4. Bayi mula ber- ‘nangingilala’ dan minta anda untuk angkatnya (6 bulan)
Lihatlah bayi kita cuba memanggil dan meminta untuk diangkat. Tidak kiralah bayi anda rapat dengan orang lain (pengasuh) sekalipun, namun pasti dia akan tetap suka untuk kita angkat mereka. Kerana bagi bayi kecil, tiada yang boleh mengganti pelukan kasih sayang ibu dan ayah. Sebuah aura berbeza dapat dirasa dari ‘mom or dad’s loving arms’.
5. Bayi akan sentiasa ‘check in’ kehadiran dan akan menangis jika ditinggalkan (8 bulan)
Waktu ini bayi kita mungkin sudah boleh bergerak meniarap atau merangkak ke sana sini. Bayi akan menerokai dunia yang serba baru baginya namun ketahuilah dia tetap akan ada masanya berhenti seketika dan mencari kembali (check in) ibu bapa. Kalau tidak dijumpai, maka bersedialah untuk mendengar tangisan meganya. Inilah yang dipanggil ‘separation anxiety’ yang menjadi bukti cinta si bayi pada kita.
6. Bayi suka untuk memberi ciuman pada kita (12 bulan)
Dalam lingkungan usia 1 tahun, bayi kita sudah pandai meniru cara anda menunjukkan kasih sayang. Sepertimana kita memberi ciuman cinta kepada bayi. Kini, si bayi pula yang pandai memberi ciuman kasih sayang pada kita. Ya, mereka belajar dari kita. Apabila tindakan ini disambut dengan mesra dan penuh penghargaan kembali dari kita, maka saksikanlah, ciuman itu akan lebih kerap mendatangi selepas ini.
Kasih sayang ibu bapa ialah bukti kecintaan yang tiada kepentingan diri, tidak bersyarat dan sentiasa rasa cukup dengan segala yang dimiliki.
Sumber: Najmi Nawawi
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.