Berkulit cantik dan tubuh badan maintain ‘elok’, penyanyi Misha Omar atau lebih mesra disapa sebagai kak Mitch ini sudah pun menjangkau usia 41 tahun.
Makin Mencabar Kawal Berat
Menurut Misha, apabila usia semakin meningkat, antara cabaran yang paling getir baginya adalah untuk mengawal berat badan sendiri. Misha akui bahawa sukar baginya untuk memastikan berat badan nya kekal seperti yang diingini.
“Umur 40-an sendiri mau ingat ya, cabaran utama adalah berat badan. Badan kak Mitch macam tak dengar cakap dah. Jadi cara-cara dia adalah, kita kena buat sesuatu supaya badan kita dengar cakap.
“Dan pada saya, yang paling penting adalah kesihatan,” katanya.
Tak Perlu Terlalu Kurus, Dapatkan Berat Ideal
Tambahnya lagi, kesihatan merupakan perkara utama bila usia meningkat. Ini kerana, kesihatan memainkan peranan penting. Terutamanya sebagai seorang ibu, dia merupakan tonggak utama dalam institusi keluarga. Misha akui dia perlu kekal fit, untuk menguruskan keluarga iaitu suami dan anak-anaknya.
Jadi mengawal berat badan agar sentiasa ideal adalah penting. Sebagai seorang wanita, tidak boleh terlalu gemuk atau terlalu kurus. Sebaik-baiknya setara dengan BMI masing-masing.
“Kita tak nak juga terlalu kurus sangat, nanti tiada tenaga. Tak larat nak buat kerja rumah. Nak angkat anak kalau dia mengamuk tak nak masuk rumah atau terlalu gemuk kerana payah untuk bergerak.
“Jadi untuk memastikan semua tu berjalan lancar. Kita perlu pastikan dan jaga kesihatan sebaiknya, luar dan dalam. Sebab lepas pandemik mental health kita dan semua orang akan terkesan. Jadi pada saya yang paling penting jaga dalam dulu, ia akan terpancar di luar,” tegasnya.
Rejim Kecantikan Misha Omar
Pernah berkongsi tip jaga kulitnya menerusi portal EH!, bagi Misha penjagaan asas kulit sangat penting. Yang mana membersih, melembut, merawat dan melembap antara yang harus dilakukan setiap hari.
“Kalau ikut cara saya, pada waktu siang, pakai krim tabir suria. Saya tahu kesan cahaya matahari kepada kulit adalah matahari kepada kulit adalah memudaratkan, jadi saya mengamalkan pemakaian krim tabir suria satu tabiat setiap kali keluar rumah.
“Serum juga amat penting untuk kulit, dulunya saya tidak begitu disiplin dalam penjagaan kulit, namun semakin meningkat usia, saya menjadi lebih peka akan rawatan kulit.
Pemakaian serum mampu merawat kulit dari dalam, malah dengan serum anti-dark spot bukan saja mencerah malah menghilangkan tompok hitam pada wajah.
Jadi begitulah, sebaiknya bila umur semakin meningkat, semakin anda perlu menjaga kesihatan dan kecantikan. Bukan untuk dipamer kepada orang luar tetapi lebih kepada kepuasan sendiri.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.