Tak Kisah Pandangan Orang, Zahnita Wilson Nak Tengok Rambut Putih Secara Semula Jadi

Selepas diserang netizen tentang penampilan terkini, model dan pelakon terkenal era 90-an, Zahnita Wilson memberikan pandangannya tersendiri bab rambut putih dan perubahan pada kulit wajahnya.

Wanita yang pernah menjadi kegilaan ramai kerana rupa paras serta tubuh badan yang cantik ini sering menghiasi muka depan majalah-majalah, namun dek kerana berkongsi videonya tanpa mekap, ramai yang menegur tentang proses penuaan yang dialaminya.

Zahnita Wilson Berminat Tengok Rambutnya Putih

Baru-baru ini, Zahnita ,38, menerusi satu hantaran di Instagram, menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang prihatin dengannya, serta menitipkan rasa kerana telah melalui pelbagai cabaran termasuklah proses penuaan pramatang.

“Terima kasih di atas keprihatinan anda, saya tahu saya kelihatan seperti dilanggar bas sekarang. Syukur Alhamdulillah saya melalui banyak cabaran kesihatan mental, emosi, dan fizikal pastinya! Penuaan pramatang. –kongsi Zahnita

“Saya sebenarnya berminat untuk lihat rupa saya berambut putih.”

Tak Perlu Bimbang Proses Penuaan

Menitipkan nasihat kepada orang ramai untuk tidak merasa bimbang dengan paras rupa masing-masing disebabkan banyak perkara lain yang lebih penting harus difikirkan, model terkenal ini turut menyatakan bahawa dia sangat berminat untuk melihat keadaan dirinya berambut putih secara semula jadi.

“Saya tidak akan cuba menentang kuasa graviti dan menafikan alam semulajadi. Kita tak perlu bimbang tentang rupa kerana ada banyak lagi yang penting.

“Kita harus melakukan apa sahaja yang membuatkan kita berasa lebih baik dan berminat dengan apa yang berlaku di sebalik skrin yang membosankan ini.

“Saya rasa saya perlu berehat dari ubat-ubatan, kadangkala ia terapeutik, kadangkala ia menyusahkan hidup. Saya bertahan dengan dengan kehidupan sekarang kerana saya sebenarnya berminat untuk melihat rupa saya dengan rambut putih secara semulajadi..”-kongsi Zahnita lagi.

Jadi tak perlulah komen lebih-lebih tentang pilihannya untuk tayang wajah tanpa mekap, sekurang-kurangnya Zahnita Wilson sedar dia sudah berusia. Malah reda dengan anugerah yang dia miliki. Cantik versi dalam usianya sudah pun hampir 40-an. Jom, raikan kecantikan sendiri!

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply