Dapat Pasangan Baik, Jangan Sampai Menindas dan Ambil Kesempatan

Bertuah jika dapat pasangan baik, ada masalah pun pasti akan dapat selesaikan dengan cara terbaik. Banyak toleransi dan bina kebahagiaan itu cukup mudah, jika si dia memahami.

Namun kahwin bukan tempat untuk menindas dan mengambil kesempatan, beringat ya. Selebihnya baca perkongsian daripada saudara Mohd Fhais ini sekejap…

Dapat Pasangan Baik

1. Jangan sesekali mengarah isteri buat itu ini macam dia itu pekerja bawahan sedangkan dalam agama suami yang patut buat kerja untuk isteri.

2. Berhenti layan isteri seperti bibik, tukang masak, pengasuh dan tukang sapu rumah semata-mata sedangkan apa yang dia buat tu bukan tanggungjawab tapi ehsan bantu suami kerana itu tanggungjawab suami.

3. Suami patut malu dengan isteri yang rajin bekerja mencari nafkah sedangkan beri nafkah tu tanggungjawab suami. Hukum memberi nafkah pun wajib bukan bagi ikut mood. Tak kisah sikit tak apa janji bertanggung jawab.

4. Suami penting diri lagi lah tak boleh. Isteri terkontang kanting sorang sorang kat rumah urus anak, urus rumah, memasak sampai nak urus diri pun tak sempat sedangkan suami di luar rumah sedang ber me-time, melayan hobi, melepak borak tentang kereta. Kahwin dengan kereta lebih baik jika begini.

5. Tidak boleh abai isteri walaupun apa pun situasi. Baik fizikal, emosi dan mental isteri, patut jadi perhatian utama suami. Bukan yang terakhir!

6. Kalau isteri kata dia penat, maka betul la tu penat. Kalau isteri kata dia sunyi, maka memang sunyi betul la tu. Jangan buat endah tak endah perkara ni. Jangan cakap isteri mengada-ngada pula. Wanita tak pernah tipu bab mental dan emosi ni.
Lagipun kalau isteri nak mengada-ngada pun tak salah. Itu tanda isteri sangat perlukan perhatian suami tercinta.

Wanita tak lemah, wanita terlalu kuat sehingga kekuatan mereka itu kadang kala boleh menikam diri sendiri.

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply