Trip kali ini disertai oleh sahabat saya Noor Fazdreen dan Izzul Asraf Mislihie untuk menduga kawasan tersebut. Mereka memang sudah mengetahui kawasan tersebut dan sememangnya masih berpotensi menaikkan size idaman untuk kaki casting haruan ini. Disebabkan mereka ialah orang kampung yang tinggal sendiri tidak jauh dari kawasan tersebut dan saya sendiri pula sekian lama tidak memancing di situ.
Kawasan tersebut sememangnya berpotensi tinggi menaikan size idaman. Haruan biasanya amat suka bermain di tepi rumput rumpai apatah lagi selepas hujan. Ikan ini aktif bila seawal pagi dan petang.
Setibanya kami di kawasan tersebut kami tidak menunggu lama dan tidak sabar merasa sambaran haruan di situ. Tidak sampai 10 minit sahabat saya iaitu Noor Fazdreen disambar sang haruan yang bersize sekitar 600 ke 800 gm.
Kepuasan jelas terserlah pada muka setelah beliau berjaya menaikan sang haruan tersebut. Lure atau umpan yang kami gunakan ialah poke frog memang tidak mengecewakan kami. Sungguh rakus haruan di sini dan ditelan habis-habisan. Tidak lama selepas itu saya sendiri menaikan haruan yang bersize baby sahaja. Hihi… janji strike!
Saya menggunakan soft frog berjenama Bakau yang bersize kecil saja mampu saya naikan. Set yang kami gunakan rod ultra light dan tali 10 hingga 15 lb sahaja.
Sahabat saya iaitu Izzul Asyraf Mislihie berjaya menaikan haruan bersize mega memang senyum sampai ke telinga la jawabnya. Haruan yang bersize kecil kami lepaskan (catch and release) untuk menjaga pembiakan haruan di kawasan tersebut. Beginilah hasil trip kami. Kali ini memang memuaskan mendapat dalam anggaran sebanyak 3kg lebih.
Begitulah hasil trip kali ini semoga apa yang kami kongsikan ini dapat menaikan semangat kaki pancing haruan ini dengan ini saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Majalah Umpan kerana sudi berkongsi pengalaman kami kali ini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.