Jangan sesekali letakkan kekili anda di atas tanah terutamanya tanah berpasir kerana pasir-pasir akan memasuki sistem kekili dan merosakkannya terutamanya bearing atau alas bebola. Sekiranya kekili terjatuh ke atas pasir, sebaiknya jangan terus digunakan. Siram segera dengan air. Jika kayuhan terasa lancar, bolehlah digunakan seperti biasa.
Sebaiknya gunalah kekili yang sepadan dengan padang pancing atau lokasi. Sekiranya memancing di laut, gunalah kekili yang dikhususkan untuk kegunaan air masin. Kekili untuk kegunaan air masin lazimnya dilabelkan dengan SW (saltwater).
Jangan biarkan kekili anda berjemur terlalu lama di bawah cahaya terik matahari kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian-bahagian kekili yang diperbuat daripada bahan plastik. Terutamanya kekili-kekili model klasik yang kebanyakan material pembuatannya daripada plastik.
Selepas memancing di laut atau kolam air masin, bilas segera kekili anda dengan pancutan air tawar bagi mengelak pembentukkan garam terutamanya pada gelendung atau spool melalui tali pancing (tali sulam). Jika rajin, selepas keluarkan tali dari spool.
Sebaiknya juga gunakanlah kekili yang sepadan dengan spesies ikan yang dipancing. Kena ikan ikan besar waktu menggunakan kekili siri kecil memang seronok tapi ia terdedah kepada kerosakan kepada sistem kekili walaupun ikan berjaya didaratkan.
Sekiranya kurang mahir untuk menyelengara kekili, sebaiknya carilah pusat servis kekili untuk melakukannya. Ia lebih baik daripada anda melakukannya sendiri terutamanya jika anda memang tidak berkemahiran dari aspek teknikal.
Sentiasa bersihkan dan minyakkan objek berputar di dalam sistem kekili kekili seperti gear dan bearing. Jika merasakan kayuhan atau putaran tidak lancar, periksalah bahagian-bahagian ini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.