2 Jenis Siakap Yang Ramai Tak Tahu!!

 

Spesies kedua tetapi jarang ditemui ialah siakap berwarna kuning keemasan. Spesies jenis ini badannya lebih lebar akan tetapi agak pendek berbanding dengan jenis pertama. Apabila menyambar umpan, jenis ini akan mengeluarkan satu bunyi yang sekaligus memperkenalkan dirinya kepada para nelayan dan pemancing mahir dan berpengalaman.

 

 

Jenis kedua jarang sekali melompat ke permukaan air, mungkin kerana saiznya yang begitu besar. Ia lebih suka bertahan di dasar muara menggasak pemancing dengan menarik tali ke dalam reba.

 

Biasanya pemancing akan mengambil masa lebih lama untuk menjinakkan spesies jenis kedua berbanding jenis pertama yang banyak menghabiskan tenaganya melompat di permukaan air.

 

Kedua-dua spesies siakap ini mempunyai bentuk aerodinamik badan yang begitu sempurna, gagah dan tersendiri. Saiz mulut yang boleh membesar ke keluasan maksimum, memudahkan mereka menyambar mangsa dengan pantas tanpa memberikan ruang dan peluang untuk mangsa melepaskan diri.

 

 

Kesempurnaan bentuk fizikal, ditambah dengan saiz ekornya yang lebar dengan pangkal ekor yang begitu sasa dan kuat, membolehkan si raja muara ini bergerak pantas apabila melibas dan menyambar mangsa.

 

Ekor yang lebar ini juga memberikan kekuatan yang membolehkan siakap memberikan asakan dan tentang hebat apabila berhadapan dengan pemancing. Kekuatan libasan ekornya juga membolehkan siakap jenis keperakan, walau sebesar mana saiznya melompat tinggi di atas air dengan aksi agresif dalam usaha untuk melepaskan mata kail.

 

Namun begitu, siakap adalah pemangsa yang agak pemalas, kecuali di masa ia sedang galak dan lapar, sebahagian besar masa digunakan untuk berdiam diri di tempat persembunyian.

 

 

Sewaktu berehat, siakap tidak berminat untuk menyambar umpan walaupun umpan yang dihidangkan adalah seekor udang king size kegemarannya, melainkan umpan tersebut berenang tepat di depan mulutnya.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply