Banyak tukun tiruan dibina menggunakan objek yang telah dibina untuk tujuan lain, contohnya dengan tenggelam pelantar minyak, kapal atau dengan menggunakan runtuhan atau serpihan pembinaan .
Tukun tiruan yang lain adalah dibina khas dari PVC atau konkrit. Bangkai kapal boleh menjadi tukun tiruan apabila dipelihara di dasar laut.
Tidak kira apa kaedah pembinaan, tukun tiruan umumnya menyediakan permukaan keras di mana alga dan invertebrata seperti teritip, batu karang, dan tiram akan hidup.
Pengumpulan hidupan laut di kawasan ini seperti anak ikan dan plankton akan menarik pelbagai spesies lain untuk menghuni kawasan ini seperti ikan pelagik dan demersal.
Namun bagi Chedin Angler, seorang tekong dan guide berpengalaman di perairan Kong Kong, memiliki idea tersendiri untuk menyediakan rumah sang bara (siakap). Ikuti tips dan perkongsian ilmu tukun tali kapal buat rumah sangbara.
Menurut Chedin, ramai yang buat tukun menggunakan pokok-pokok tumbang, kalbat longkang dan tayar buruk. Tetapi ini berbeza sekali kerana saya hanya menggunakan tali kapal. Bukan hanya untuk spesies siakap sahaja malah pelbagai spesies lain juga.
Ia menjadi sarang tempat persinggahan dan menjadi taman permainan ikan. Cara membuat tukun tali kapal amat mudah hanya perlukan tali kapal, pelampung dan juga pemberat atau dipasak terus di dasar sungai.
Lokasi untuk menyediakan tukun ini memerlukan tempat yang strategik dan perlu memilih dengan betul. Jika tak memilih dengan betul, ikan tidak akan menjadikannya sarang rumah dan tempat persinggahan. Insyallah, Chedin sentiasa berusaha kerana tanpa usaha tidak akan mendapatkan hasil yang terbaik. Selamat mencuba gaiss!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.