Kami bertolak dari jeti nelayan Kg. Teluk jam 5.00 petang. Memandangkan kelong ini tidak berapa jauh dari daratan maka perjalanan bot cukup mudah dan cepat. Kadar bayaran (pakej) bagi kelong ini sekitar hanya RM280 bagi 8-10 orang.
Kelong ini beroperasi dari jam 3.00 petang hingga 10.00, 3 kali seminggu saja iaitu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sebenarnya kelong ini masih dalam proses pembinaan. Belum sempurna sepenuhnya. Kemudahan asas seperti lampu dan toilet masih dalam pembinaan yang dijangka siap sepenuhnya penghujung bulan ini.
Namun ini bukanlah halangan bagi pemancing yang datang untuk melepaskan gian dalam erti kata menikmati sentuhan ikan. Segala peralatan dan makanan mereka bawa sendiri.
Bermula jam 6.00 petang para pemancing mula melabuhkan Joran. Mereka tidak menunggu lama untuk menaikkan tangkapan. Pelbagai spesies berjaya didaratkan. Antaranya gemang, semilang, gelama, gelama papan, tetuka, senangin, seludu, tetanda dan beberapa spesies lain.
Pada malam hari mereka memancing sambil menikmati juadah makanan yang dimasak ataupun yang di bawa sendiri. Suasana harmoni inilah yang mampu merapatkan silaturahim yang dipenuhi gelak tawa sepanjang hari.
Kami meninggalkan kelong jam 10.00 pagi keesokannya. Segala tangkapan dibahagi sama rata untuk dibawa pulang.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.