Ilmu Memancing Udang Galah Dari Tebing Sungai!!

 

Umpan-umpan popular yang biasa digunakan adalah umpun-umpun nipah dan udang beras. Umpun-umpun nipah sebaiknya yang bersaiz kecil, yang hanya betul-betul muat mata kail. Umpun-umpun yang bersaiz besar hanya akan merugikan kerana kerap mengundang anak-anak ikan mencurinya. Umpun-umpun ini adalah umpan universal untuk semua saiz udang galah.

 

 

Udang beras pula amat digemari oleh udang galah yang berskala besar, malangnya udang beras ini lebih sukar untuk didapati. Walau bagaimana ada ketika udang galah bersaiz kecil turut mengena dengan umpan ini.

 

Satu perkara yang perlu diambil kira dengan teliti ialah ketika memasang umpan pada mata kail. Pastikan umpan kemas dan muat betul-betul mengikut bentuk mata kail, pastikan hujung mata kail sentiasa tajam dan keluar sedikit dari umpan.

 

Jika menggunakan udang beras pastikan anda mencangkuk umpan dari ekor dan hujung mata kail keluar dari kepalanya.

 

 

Pemilihan perambut pula mengikut keadaan aliran air, kawasan yang mudah sangkut, mudah dimakan udang galah dan saiz udang galah yang hendak dicari. Tali perambut maksimum berkekuatan 20lb.

 

Pemberat bersaiz #5 dan #6. Mata kail berbentuk sabit bersaiz #1 hingga #6. Batu ladung hidup pada tali utama, disambung dengan swivel atau snap swivel.

 

Panjang perambut mata kail anggaran sejengkal sehingga 1 kaki (perlu diperhati perambut mana yang lebih berkesan) dengan maksimum dua mata kail.

 

 

Perambut sejengkal dan satu mata kail lebih sesuai digunakan pada setiap jenis aliran air, terutamanya sewaktu air sedang beralih surut.

 

Lokasi di mana udang galah kerap galak memakan umpan adalah di kawasan di mana terdapat aliran air yang membentuk teluk, di kawasan bertebing yang dalam, dasar berlurah dan berbonggol dan di kawasan yang mempunyai bangkar tenggelam.

 

Udang galah mempunyai pelbagai cara memakan umpan, ada yang ganas, ada yang lemah lembut dan ada yang makan secara diam. Cara terbaik adalah dengan kerap memeriksa pancing anda. Berikan perhatian kepada setiap joran yang ada. Anda juga harus selalu bertukar tempat sekiranya udang galah tidak ramah di satu-satu kawasan.

 

 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply