Berkenalan Dengan Tasik Kenyir – Padang Pancing Tersohor!!

 

Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara. Pembinaannya dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan pada tahun 1987. Ia dirasmikan oleh Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Empangan ini menampung kira-kira 23,6 juta meter padu air dan meliputi keluasan kawasan 38,000 hektar.

 

 

Operasi empangan ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Tasik Kenyir secara amnya merangkumi 30 batang sungai utama, ratusan anak sungai, 25 air terjun dan sekurang-kurangnya 25 spesies ikan yang diketahui menetap di tasik ini.

 

Oleh itu, Tasik Kenyir sememangnya dikenali sebagai syurga memancing pelbagai spesies air tawar. Atas sebab itu, Tasik Kenyir memang wajib dikunjungi oleh kaki pancing, sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

 

Bagi mereka yang berhasrat untuk datang memancing ke sini buat pertama kalinya, beberapa perkara harus anda ketahui dan perlu ambil kira.

 

 

Hasil pancingan di Tasik Kenyir boleh dibawa balik semuanya. Cuma amalan C&R perlulah sentiasa diamalkan dengan bijak demi kelestarian spesies.

 

Jika rezeki anda murah dengan sebarau, tidak perlulah setiap seorang membawa balik puluhan ekor sebarau dan begitu juga dengan toman. Jika anda mendapat ikan kelah, sememangnya ia rezeki buat anda dan rakan-rakan trip anda.

 

Apa yang tidak boleh di sini, adalah jangan membuang sampah merata-rata, terutama ke dalam tasik. Plastik sampah memang disediakan.

 

 

Jika anda memilih cara berkhemah, sila lupuskan sisa-sisa plastik makanan, tin dengan ara yang betul. Jika tidak mampu bawa pulang, sila tanam atau bakar. Jangan sesekali dibuang ke dalam sungai.

 

Jika trip anda ada memasukkan kunjungan ke santuari ikan kelah di Sungai Petang, anda tidak dibenarkan langsung untuk mengambilnya, walaupun ada beribu ekor ikan kelah & kejor ada di depan mata anda.

 

 

Anda juga dilarang menebang atau memusnahkan pokok dan tumbuh-tumbuhan di sini.

 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply