Dengan melihat catatan tangkapan gergasi yang pernah dipancing dengan peralatan memancing ini, moga-moga ia menjadi inspirasi kepada semua pemancing untuk mencipta rekod tangkapan tersendiri.
Black Marlin
Tertangkap pada tahun 1953 di laut lepas Cabo Blanco, black marlin (mersuji hitam) ini masih memegang rekod sebagai marlin terbesar yang pernah ditangkap. Beratnya 1,025lb. Pemancing lejen tersebut Alfred Glassel, Jr dan dia mendaratkan marlin ini melalui teknik trolling menggunakan mackerel sebagai umpan.
Atlantic Bluefin Tuna
Ikan tuna sirip biru yang didaratkan di tempat kedua teratas, pada tahun 1979 oleh Ken Fraser dari Aulds Cove. Tuna sirip biru Atlantik ini memiliki berat 1,496lb. Teknik yang diaplikasi Ken Fraser untuk menangkap catatan ini juga dengan trolling menggunakan mackerel sebagai umpan.
Atlantic Bluefin Tuna
Salah seorang pemancing terhebat sepanjang masa, Paulo Amorim yang berjaya mendaratkan marlin biru Atlantik terbesar. Rekod tangkapan mersuji dengan berat 1,402lb pada skala. Rekod marlin ditangkap menggunakan gewang Lure Moldcraft dengan trolling di perairan Vitoria, Sepanyol.
Pacific Blue Marlin
Pacific blue marlin terbesar yang berjaya didaratkan datangnya dari Kaaiwi Point pada tahun 1982 oleh Jay de Beaubien. Marlin ditewaskan dengan teknik trolling dengan Kita Bait adalah seberat 1,375lb.
Swordfish
Swordfish atau ikan pedang (todak) terbesar yang ditangkap dan tercatat memiliki berat 1,182 lb. Louis Marron adalah pemancing yang berjaya menarik keluar swordfish raksasa dari Iquique, Chili Utara pada tahun 1953 menggunakan trolling dengan bonito sebagai umpan.
Yellowfin Tuna
Pada 2012, Guy Yocom menangkap yellowfin tuna (aya sirip kuning) terbesar yang pernah dicatat. Ikan besar ini ditangkap di perairan Cabo San Lucas, Mexico. Menggunakan joran Melton dan umpan hidup potongan ikan, Guy Yocom mampu mendaratkan tuna besar dengan berat 426 lb.
Tarpoon
Max Domecq pada tahun 2003 berjaya menangkap tarpon (ikan bulan) terbesar yang tercatat dengan berat 286lb. Monster besar ini ditangkap di perairan Rubane. Max menggunakan belanak sebagai umpan dengan teknik pancingan biasa.
Pacific Sailfish
Carl Stewart pada tahun 1947 berjaya mendaratkan ikan lautan Pasifik terbesar yang pernah tercatat. Seekor Sailfish raksasa seberat 220 lb berjaya ditarik keluar dari perairan Pulau Santa Cruz, Ecuador.
Wahoo
Wahoo terbesar yang pernah ditangkap adalah dari Cabo San Lucas, Mexico dan rekod dunia ini dipegang oleh seorang wanita, Sara Hayward. Pada tahun 2005, Sara bertarung dengan wahoo seberat 183lb melalui teknik trolling dan rekod ini masih belum terkalahkan.
Mahi Mahi
Rekod dunia tangkapan mahi mahi (belitong) dibuat oleh Manuel Salazar pada tahun 1976. Beliau mengungguli dorado raksasa dengan berat 86lb dari Teluk Papagayo di Costa Rica. Metode yang digunakan dalam catatan ini teknik trolling, dengan menggunakan skirt tundaan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.