Ini Sebabnya (Khasiat) Kenapa Pundi Renang Ikan Tirusan Harga Kayangan

 

Di negara China, pundi renang atau gelembung ikan banyak diolah menjadi sup. Gelembung ikan dipercayai dapat menjaga kesihatan tubuh, dan terdapat beberapa khasiat lain seperti berikut:

 

Sumber Kolagen

 

Kolagen merupakan jenis protein tubuh yang sangat penting dan diperlukan oleh tubuh. Kolagen banyak ditemukan pada produk kecantikan, kerana salah satu fungsi kolagen ialah untuk menjaga kesihatan kulit wajah.

 

Kolagen juga berfungsi menjaga daya tahan tubuh, membentuk beberapa organ tubuh dan bahagian tubuh di antaranya tulang, sendi, otot dan gigi. Kandungan kolagen normal pada tubuh ialah 30% dari jumlah keseluruhan protein dalam tubuh.

 

 

Meningkatkan Metabolisme

 

Gelembung ikan memiliki fungsi untuk meningkatkan metabolisme pada tubuh. Peningkatan metabolisme pada tubuh akan menambak baik bagi kesihatan tubuh. Dengan metabolisme yang baik, maka pembakaran kalori dalam tubuh juga baik. Maka tubuh akan menjadi lebih cergas, bertenaga dan berat badan juga akan terkawal.

 

Beberapa manfaat lain apabila metabolisme tubuh baik diantaranya; memperbaiki kerosakan pada tubuh, mengeluarkan racun dari dalam tubuh, menyerap nutrisi dari makanan yang masuk ke dalam sistem pencernaan, pembakaran kalori yang baik, tenaga dalam tubuh juga baik.

 

 

Membantu Kesuburan

 

Di China, banyak wanita mengambil gelembung ikan untuk mendapatkan kesuburan dan cepat untuk memiliki keturunan. Hampir seluruh wanita yang ada di China, terutamanya yang sudah mendirikan rumah tangga, mengambil gelembung ikan dalam diet mereka dengan tujuan cepat mendapatkan anak.

 

Meningkatkan Kecerdasan Bayi Sejak Dalam Kandungan

 

Gelembung ikan tidak hanya membantu meningkatkan kesuburan, akan tetapi juga bermanfaat untuk menjaga kecerdasan otak janin di dalam rahim sang Ibu. Ibu hamil yang mengambil gelembung ikan sama dengan memberikan makanan berupa nutrisi yang baik untuk janin di dalam  rahimnya.

 

Kandungan dalam gelembung ikan dapat membantu otak janin menjadi lebih cerdas sejak dalam kandungan.

 

 

Cara Memasak Gelembung Ikan

 

Gelembung ikan yang dijual sudah berbentuk seperti belon dalam keadaan kering. Gelembung ikan banyak dimasak sup.

 

Meskipun sudah mengering, kandungan kolagen yang ada dalam gelembung ikan mampu menyerap air dan herba dan rempah yang sudah dicampurkan.

 

 

Gelembung ikan yang sudah dimasak akan memiliki tekstur yang lunak seperti marshmallow dan memiliki rasa yang lazat sesuai dengan bahan resepi yang telah dicampurkan di dalamnya.

 

Gelembung ikan memiliki harga jual yang tinggi, bahkan mencapai RM60K per kilogram! Namun, banyak juga yang hanya dijual lebih rendah bergantung kepada kualiti, jenis spesies dan jantina spesies itu sendiri.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply