Kenapa Ramai Kaki Pancing `Pencen’ Selepas Kahwin?

 

Orang kata, zaman bujang menjadi waktu yang paling ‘heaven’ untuk kaki pancing. Waktu ini, merupakan saat yang membolehkan kita menghabiskan masa berjam-jam atau berhari-hari keluar memancing tanpa perlu memikirkan apa-apa yang berlaku di rumah atau persekitaran anda.

 

Tapi, keseronokan ini dikatakan tak bertahan lama. Semuanya berubah bila kaki pancing mula menjejakkan kaki menempuh alam rumah tangga dan pada masa itu aktiviti memancing dikatakan terganggu, malah ada yang terpaksa menggantung joran untuk selama-lamanya. Benarkah begitu?

 

 

Gantung Joran?

 

Pendapat 1

 

Sesetengah pemancing bila berumah tangga akan menggantung jorannya atas sebab menghormati kedua-dua ibu bapa dan keluarga mertua mereka. Biasanya, selepas beberapa bulan kegiatan memancing akan dilakukan seperti sedia-kala. Tapi, mungkin ada juga ahli keluarga yang tak suka melihat anak mereka meninggalkan keluarga semata-mata untuk hobi memancing ni.

 

Pendapat 2

 

My wife ni kalau kita nak keluar memancing memang takde masalah. Janji belanja dapur dan segala bil settle. Dia kata, “Kalau nak memancing, pancing ikan jaa, jangan pancing ikan mulut merah tau!” Ha..ha…

 

 

Pendapat 3

 

Bini aku ni kekadang OK kadang-kadang TAK OK bila aku nak keluar memancing.. Tengok mood dia… Susah juga nak pergi memancing. Nak kena jaga hati bini dulu, baru dapat lesen…

 

Pendapat 4

 

Pada saya tak juga.. Macam saya, bini siap belikan lagi set pancing untuk memancing kat Sedili dulu dan tak pernah melarang keluar memancing pun. Cumanya, mungkin bila dah kahwin ni, komitmen dengan keluarga adalah yang paling utama bagi sesetengah individu berbanding hobi.

Masa bujang lagi saya dah bawa keluar memancing, jadi dia dah faham keseronokan memancing ni.. Bising-bising sikit sebab belum barang pancing mahal tu ada la.

 

 

Pendapat 5

 

Pada saya, ramai juga kawan-kawan yang kena gantung joran elepas berkahwin…  Alhamdulillah isteri saya memahami hobi saya. Pernah saya bawa isteri serta anak-anak ke kolam untuk merasai keseronokan memancing. Isteri siap cakap patut ler awak syok memancing. Bila ikan tarik kita lawan tarik balik.

Terasa gigil tangan merasa sentapan ikan. Terus isteri cakap awak tunggu ye anak-anak besar nanti, saya nak join sekali mancing. Anak pula asyik tanya bila nak pergi mancing. Sebenarnya lebih seronok kalau anak isteri join sekali trip memancing dan boleh dijadikan aktiviti riadah bersama keluarga.

 

 

Pendapat 6

Pendapat gantung joran adalah tidak perlu pada saya. Memancing adalah satu hobi yang tidak memudaratkan. Malah ia mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan. Masa terluang boleh digunakan untuk bersama keluarga beriadah & memancing.

Namun pemancing harus pandai menguruskan masa agar keluarga tidak diabaikan disebabkan aktiviti memancing yang terlalu padat.

 

Pendapat 7

 

Bagi persoalan ini, saya sebagai penyimpan joran-joran ul berpendapat adalah TIDAK PERLU gantung joran. Ini adalah kerana kita HANYA PERLU menyimpan joran dengan kemas di rak joran. Sekiranya takut atau risau joran2 dipatahkan oleh isteri anda, sila pilih rod Ugly stick kerana istilah patah itu TIADA.

Bagi saya, lepas kawin saya masih dengan hobi saya. Isteri dah faham kenapa saya dengan pancing tak dapat dipisahkan. Ini adalah kerana dgn memancing saya dapat rileks kan sikit kepala dan fikiran ini setelah stress bekerja. Nak-nak dengan GST dan harga minyak naik.

 

 

Pendapat 8

 

Lepas kahwin kene ingat tanggungjawab. Walau hobi kita ni bagus. Tapi bole jadi tak bagus kalau abaikan tanggungjawab kat rumah. Beli barang mancing ribu-ribu. Anak nak mintak belikan KFC ke mainan RM10 bukan main berkira. Itu dah tak betul. Bini nak beli langsir baru untuk rumah kata mahal, pun tak betul.

Yang betulnya, kenalah pandai beragak. Jangan hanya taksub memancing. Bahagikan masa sebaiknya. Keputusannya pasti Tak perlu gantung joran.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply