Panduan berguna ini dipetik dari kelab Facebook Lubuk Dot Net sempena kemunculan harimau belaan misteri yang merayau di sebuah kampung di Terengganu. Walaupun sekadar hiburan, ia bermanfaat juga sekiranya korang bertembung harimau liar ketika memancing di hutan sungai pegunungan.
Jangan bagi biskut… nanti pergelangan tangan anda hilang dibaham harimau tersebut. Lagipun harimau bukannya makan sangat biskut macam kera.
Jangan ambik gambar dari atas motosikal dari jarak 7 kaki… ini kerana harimau boleh melompat dan menerkam sejauh 15 kaki.
Jangan tiru aksi sarkas dengan menghulur kaki (tidak pula dinyatakan sebabnya. Mungkin kerana anda akan kehilangan kaki).
Jangan pijak kaki dia (hahaha… berani ke korang nak pijak).
Jangan jalan kaki sebelah harimau. Aksi ini memang nak nampak cool habis tapi harimau bukanlah seekor binatang yang cool.
Kaki tangan Maybank juga dilarang dekat walaupun logo syarikat anda menggunakan gambar beliau. Ada kemungkinan juga beliau menyimpan dendam sebab guna gambar tanpa izin.
Jangan buat bunyi kijang… kalau nak halau pun pekik hoi hoi saja dari dalam lori yang terkunci rapi.
Jangan pukul dengan ranting… ranting hanya sesuai digunakan untuk cucuk matanya sahaja jika sempat.
Jangan terbersin dekat dengan telinganya sebab kalau dia terkejut dia akan tampar muka anda. Hahahaha… beliau ni agak baran sebenarnya.
Jangan fikir dia jinak kerana harimau cuma jinak kalau anda bela dia dari kecik. Itu pun kalau anda beri dia cukup makan.
Jangan bagi biskut tiger atau bagi minum air tiger walau itu jenama dia.
Jangan ikut dia dari belakang sambil nyanyi `tok harimau… tok harimau.. pukul berapa tok harimau…?
Jangan kita melolong macam tarzan… takut gajah pulak datang. Itu sudah dua kali bahaya!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.