Tip Tanam Bendi Dalam Polibeg, Pokok Rendah, Sudah Berbuah

Pokok bendi boleh ditanam di dalam polibeg. Bendi antara sayuran yang selalu ditanam di rumah. Dalam polibeg pun boleh dan hasilnya tetap subur dan gemuk, jika ikut penjagaan yang betul.

Hendak tanam pokok bendi tidak sesusah mana. Bagi yang nak cuba tanam dalam polibeg boleh ikut cara ini.

SOP Semaian Bendi Untuk Tanaman Polibeg:

1. Pilih benih berkualiti keluaran Leckat, Baba atau Green World.

2. Rendam semalaman dalam air tanpa klorin dengan campuran larutan hydrogen peroxide.

3. Buang biji benih rosak yang timbul di permukaan air.

4. Semai dalam tray semaian guna potting soil.

5. Letak di tempat redup tetapi bercahaya dengan pengudaraan yang baik.

6. Siram 2 kali sehari.

7. Pindah ke polybag 16×16 dengan medium 3 in atau 6 in 1, atau buat campuran sendiri topsoil, cocopeat, pasir dan tanah bakar.

Tip pokok rendah, dan berbuah 

Kalau mahu berbuah rendah dan berbuah, pangkas pucuknya. Pangkas masa saiz ketinggian 1.5 kaki ke 2 kaki sebelum berbuah.

Sumber: Lebai Kudin


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply