Wajib Tahu, 10 Simbol Kecemasan Mungkin Timbul Waktu Memandu!

Ramai yang tahu memandu tapi adakah kita faham simbol-simbol kecemasan yang mungkin timbul semasa kita memandu.

Dalam hal ini pemandu wanita lah yang dikatakan selalu kurang pengetahuan tentang simbol kecemasan ini. So lady driver sila ambil perhatian apa maknanya jika simbol kecemasan ini menyala. Tapi rasanya ada juga pemandu lelaki yang tak tahu kan. Jadi take note ya gais!

1. Amaran Brake Tangan
Ada masalah pada sistem brek, ABS / cecair brake berkekurangan (Low brake fluid)

2. Amaran Suhu Enjin
Cepat-cepat berhentikan kereta dan buka bonet. Biarkan sehingga suhu panas berkekurangan.

3. Check cecair penyejuk
Cecair coolant / penyejuk kereta rendah. Check & tambah cecair penyejuk / coolant segera!

4. Amaran Minyak Enjin
Enjin kereta kekurangan minyak hitam / minyak enjin, top up dengan minyak enjin yang baru.

5. Bateri Kereta
Caj bateri kurang / alternator ada masalah. Sementara nak bawak pergi workshop, boleh stop guna aircond atau radio.

6. Beg Udara
Berkemungkinan beg udara ada kerosakan & kena cepat-cepat ganti.

7. Amaran Minyak Brake
Cecair brake korang berada pada tahap rendah, periksa tahap cecair kerana ia akan berkekurangan apabila brakepads habis.

8. Check Enjin
Ada banyak faktor sebenarnya. Kurang kuasa enjin, atau elektrikal sensor korang ada masalah.

9. High Beam
Yang ni selalu je terpasang siang-siang buta. Sila tutup, nanti pemandu lain marah.

10. Pemanas Cermin Belakang
Yang ni selalunya driver guna bila keadaan sedang berkabus.

11. Amaran Penstabil Kereta
TCS berada didalam mod pilihan Off – Tidak aktif. TCS – sistem yg kawal tayar daripada tergelincir & memastikan cengkaman tayar pada permukaan jalan

Sumber:@dabooradzi & @MauKerjaMY

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply