Petik, Kerat Pokok Bunga Tepi Jalan & Tanam Di Rumah. Hukumnya HARAM!

Mungkin kita pernah melihat orang mengambil atau memetik tumbuhan atau pokok di tepi jalan dengan alasan untuk menanam di rumah sendiri. Tapi adakah ia dibenarkan dan apa hukumnya pula sebagai orang Islam?

Soalan

Apakah hukum mengerat sedikit ranting dan tunas atau mengambil anak yang tumbuh dari pokok bunga yang hidup di tepi jalan raya atau di taman. Tujuannya adalah untuk mendapat benih/baka bagi tumbuhan tersebut. Cara mengerat dibuat dengan baik dan tidak merosakkan tumbuhan tersebut.

Jawapan

Hukum asal adalah haram mengambil atau mengerat walaupun sedikit ranting atau tunas pada pokok di tepi jalan atau taman kerana ia adalah milik orang lain kecuali dengan izinnya.

Perkara ini termasuk dalam kategori mengambil atau memakan harta orang lain secara batil (salah) yang telah diharamkan oleh Allah SWT seperti dalam firmannya:

وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan salah.”

(Surah al-Baqarah: 188)

Namun syarak mengiktiraf adat dan budaya baik setempat. Jika adat dan budaya sesuatu tempat masyarakat yang hidup berjiran saling membenar dan menghalalkan sesama mereka, maka ia adalah dibenarkan mengambil dan memakannya dengan tidak berlebih-lebihan sekadar untuk keperluan dirinya sahaja.

Akan tetapi berasaskan kepada sifat wara’, adalah baik tidak mengambil dan memakannya kecuali telah diketahui secara pasti bahawa jiran atau tuan tanah tersebut sememangnya seorang yang baik hati atau terus sahaja meminta izin daripadanya atau orang yang menguruskannya.

Hal ini juga termasuk tanah milik kerajaan atau kawasan rizab yang telah ditentukan, maka sebaiknya hendaklah mendapat keizinan terlebih dahulu. Demikianlah adab-adab yang dititik beratkan dalam Islam. Moga kita dapat mempraktikkannya, insya Allah.

Wallahu’aklam.

Artikel ini diambil dan diolah dari Kashoorga.

Sumber: Mufti Pulau Pinang

Mesti Baca:Tanam TIMUN Mini Sendiri, Lebih Rangup, Manis & Sedap Dibuat Ulam
Artikel Menarik:Teknik Tanam Timun Dalam Pasu Gantung Lebih Mudah Untuk Dituai
Baca Lagi Di Sini:Tanam Timun Jepun Dekat Balkoni Rumah Buahkan Hasil Lumayan

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply