Sebagai pemancing terutamanya yang baru menjinakkan ke dalam dunia hanyir ini, takkan terlepas dari melakukan kesilapan. Kesalahan-kesalahan asas berikut bukanlah satu kesalahan besar tetapi ia sering berlaku dalam dunia memancing.
Tak Ketatkan Drag
Perbuatan tidak melaraskan daya seretan kekili (drag) dengan betul juga biasa berlaku kepada pemancing baru. Malah pemancing berpengalaman turut sama menghadapi perkara yang sama. Ekoran daripada itu maka kedengaranlah komen dari rakan pemancing, “Ketat la sikit drag tu!”
Cara Memegang Joran
Ia merupakan kesalahan paling banyak berlaku khususnya pemancing yang baru belajar memancing. Secara tidak langsung ia menjadi penanda aras status pemancing tersebut. Dalam erti kata lain, kalau pemancing lain melihat kita memegang cara demikian maka dia akan tahu kita masih nubis.
Cara Mengepam Ikan
Perbuatan mengayuh kekili serentak tatkala tali keluar dari spool ditarik ikan dan mengayuh kekili tanpa mengangkat joran juga merupakan kesalahan asas memancing yang masih banyak berlaku. Namun kesalahan ini mudah diperbaiki dengan perbanyakkan lagi masa memancing.
Set Pancing Tak Betul
Tentu korang pernah tengok seseorang yang menggunakan kekili mendatar (spinning) tetapi dipasangkan dengan joran mengilat (casting rod). Walaupun boleh je nak guna tapi dalam hukum memancing ia adalah kesalahan kerana boleh merosakkan tulang belakang joran tersebut.
Teknik Mengumpan Yang Salah
Pancing ikan lampam menggunakan umpan ikan keli hidup merupakan salah satu contoh kesalahan memancing kerana ternyata ia salah dari segi penggunaan umpan. Malah korang akan dijadikan bahan ketawa sekiranya mendakwa dapat ikan lampam tersebut menggunakan umpan ikan keli hidup.
Persembahan Gewang Yang Salah
Mungkin sekarang ini tidak berlaku lagi tetapi perbuatan mengilat atau casting gewang dengan menggunakan batu ladung bertujuan untuk senang baling, malah perbuatan menggunakan gewang sebagai umpan pancingan dasar pernah berlaku suatu ketika dahulu. Kalau dalam trip memancing bersama nubis mungkin perkara ini masih boleh dapat disaksikan.
Baitcasting Terbalik
Ia mungkin sesuatu yang melucukan tetapi fenomena menggunakan kekili menegak seperti kekili mendatar terus berlaku sehingga hari ini. Sebabnya sudah tentu kerana masih cetek ilmu memancing dan menganggap memancing hanya sekadar hobi.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.