Seperti sukar untuk percaya ikan yang bersaiz kecil ini mengandungi pelbagai vitamin dan gizi yang berguna untuk tubuh manusia. Ikan lais mengandungi vitamin A, B, D & E, zat besi, kalsium, fosfor, omega 3 dan sumber protein tinggi.
Rendah lemak
Memandangkan ia mengandungi rendah lemak, maka dengan pengambilan sebanyak mana pun ikan ini ia tidak akan membuatkan anda menjadi gemuk.
Menurunkan kolesterol
Disebabkan mengandung omega 3 dan rendah lemak, ia sangat bagus diambil oleh pesakit kolesterol tinggi. Pengambilan yang sempurna bukan saja mencegah kolesterol malah dapat mengurangkannya juga.
Mencegah stroke
Pengambilan kandungan dari ikan lais ini dapat mencegah dari penyakit stroke. Stroke adalah kondisi di mana anggota gerak atau seluruh badan kita tidak dapat lagi digerakkan sesuai dengan keinginan kita.
Mengurang tekanan darah tinggi
Bagi yang menghidap masalah darah tinggi, memakan ikan ini dapat menurunkan tekanan darah tinggi anda. Sementara yang masih sihat itu sebelum terlambat maka mulalah pengambilan khasiat ikan lais.
Mengubati anemia
Bagi yang belum mengetahui, anemia adalah kondisi di mana seseorang kekurangan darah. Dengan pengambilan ikan lais ini ia juga dapat mengurangkan atau menghilangkan masalah anemia dengan pengambilan rutin yang teratur.
Tumbesaran sempurna bayi
Disebabkan kandungan dari ikan lais yang banyak mengandung forsor, omega 3, kalsium, zat besi serta protein, ia amat bagus bagi seorang ibu hamil agar pertumbuhan bayi yang optimum di dalam kandungan.
Pencernaan lancar
Pengambilan khasiat ikan lais juga dapat melancarkan sistem pencernaan badan. Badan dapat menghadam khasiat ikan ini dengan begitu baik sekali.
Mencegah koroner jantung
Kandungan omega 3 yang dimiliki oleh ikan lais ini dapat mencegah dari penyakit coroner jantung.
Meningkatkan kecerdasan
Memakan ikan ini dapat mempercepatkan pertumbuhan dan meningkatkan kecerdasan. Jadi, makanlah lebih kerap untuk kecerdasan yang berganda.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.