Ya, tidak kira dari lapangan memancing mana sekalipun, aspek keselamatan haruslah menjadi perkara utama yang perlu dititikberatkan. Harus diingat bencana boleh berlaku tanpa kita duga. Jangan nanti bila dah terkena di batang hidung sendiri baru nak menyesal. Masa tu dah tak ada gunanya bro.
Sebab itulah, mulai sekarang kita sebagai pemancing sudah harus memikirkan segala aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan sebelum keluar memancing. Antara perkara utama yang perlu diambil tahu oleh kaki pancing sebelum keluar memancing ialah mengetahui keadaan tempat pancingan dan peka terhadap perubahan cuaca negara ini.
Kedua-dua perkara ini sememangnya penting untuk diambil kira sebelum keluar memancing kerana dengan faktor tempat dan cuaca inilah pemancing boleh merangka pelan susulan terutama jika terjadinya sebarang perkara yang tidak diingini.
Iyelah, sekurang-kurangnya bila mengambil tahu kedua-dua perkara di atas, pemancing sudah boleh membayangkan segala kemungkinan yang akan berlaku sekaligus menjadikan pemancing lebih berwaspada ketika memancing.
Bagaimanakah pula dengan kaki pancing yang lain? Mungkin ada tip yang lebih berguna yang boleh anda kongsi di dalam ruangan “Apa Kata Pemancing” untuk slot wacana kali ini..?
“Aspek penting bagi pemancing yang menggunakan bot selain pandai berenang kita juga perlu menyediakan peralatan seperti life jacket, pisau, waterproof torch light serta alat perhubungan yang boleh digunakan semasa kecemasan. Sebelum keluar memancing, sila pastikan peralatan diperiksa bagi memastikan keselamatan terjamin.”
– Mohd Nor Hasan
“Sememangnya keselamatan menjadi kepentingan utama ketika memancing tidak kira di tengah lautan, tasik, dalam hutan mahupun di kolam berbayar dan dimana-mana sahaja. Pemancing perlu alert keselamatan diri sendiri dan juga orang lain. Pastikan risiko kawasan dan pengendalian peralatan memancing diambil kira. Nyawa lebih berharga dari hasil tangkapan.. Ingatlah orang yang tersayang.”
– Yusree Leo
“Sejak kecil ikut abah memancing di pinggir hutan – selain perkakasan mengail, 3 objek lagi yang sering dia bawa ialah parang, wisel dan pemetik api. Untuk survival katanya dan pantang larang tetap dijadikan panduan.”
– Qayyum Aizad
“Semua aspek perlu ambil kira. Kalau boating, jaket keselamatan tu memang wajib. Kalau landbased, kena peka dengan persekitaran terutamanya bahaya haiwan buas/berbisa. Dan yang penting, jangan mancing sorang-sorang, sekurang-kurangnya elok berteman.”
– Encik Ismith
“Setiap kali memancing harus dimulakan dengan memberi salam dan sentiasa berdoa kepada Allah agar dijauhi sebarang malapetaka tidak kiralah untuk trip kecil atau besar. Pemancing juga harus bersedia dengan checklist alatan keselamatan penting yang perlu mengikut tempoh waktu.
Juga harus siap sedia dengan kemungkinan bahaya di darat, sungai mahupun laut. Maklumkan lokasi memancing kita kepada ahli keluarga atau rakan supaya senang bantuan diberikan bila berlaku musibah. Ok Selamat memancing.”
– Hanapi Mat Said
“Ketika aktiviti boating aspek pemakaian life jaket amat penting. Kebanyakan angler sekarang, ketika aktiviti boating ada yang endah tak endah je peranan life jaket. Ingat, safety first anglers! Tak kira la laut atau sungai.”
– Sharfizan Shamshudin
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.