Antara penghalang utama dengan pemancing dan pancingan laut dalam ialah masalah mabuk laut. Berikut merupakan beberapa petua yang dilakukan sendiri oleh pemancing untuk mengatasi mabuk laut.
Tiga hari sebelum ke laut kena setting mental dan fizikal kita dulu. Salah satu caranya ialah dengan buangkan angin dalam badan kita. Angin dalam badan menyebabkan kita pening-pening dan muntah. Bagi membuang angin ini disarankan minum Eno halia atau apabila produk minuman halia 2 hingga 3 pek bagi satu hari.
Makan kena jaga… jangan belasah je ikut sedap tekak. Sebaiknya elak dari makan makanan yang agak pedas atau berempah.
Rehat kena cukup… sebab kat laut nanti kita banyak menggunakan tenaga, mental dan fizikal.
Makan ubat mabuk yg diambil di klinik. Cakap je kat doktor kata nak memancing kat laut dalam. Dia akan bagi punya, tapi yang terbaik saya makan ubat mabuk ialah ubat mabuk untuk ibu mengandung.
Ketika memancing, jangan sekali-kali pikir adakah aku mabuk? Banyakkan bersembang dengan kawan masa atas bot.
Satu petua lagi agak ekstrem sikit… mungkin korang ada perasan ikan yang ditangkap atau dibeli kadangkala ada anak ikan yang masih terlekat di dalam mulut ikan tersebut.
Selalunya kita buang tetapi kali ini sesiapa yang mempunyai masalah mabuk ini, ambil ikan tersebut dan celur. Kemudian makan atau telan. Tapi kalau nak mujarab lagi makan mentah-mentah dan jangan yang lupa selawat ke atas Nabi.
Kalau ditanya saya apa relevan tentang anak ikan ini dengan mabuk? Saya sendiri tiada jawapannya tetapi petua ini telah diturunkan turun temurun oleh datuk nenek saya yang hampir semuanya nelayan pantai.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.