Ramuan Mudah & Berkesan Agar Tanaman Subur, Banyak Hasil. Cuma Siram Air Rendaman Kulit Bawang

Seronok lihat hasil tanaman Norahim Ibrahim yang dikongsi di laman Facebook miliknya. Semuanya subur dan lebat. Dari cili, terung, kunyit, halia semua segar bugar.

Apa yang menariknya rahsia tanamannya begitu meriah dan subur sangat mudah dan jimat malah tak menggunakan racun atau bahan kimia. Cuma guna air rendaman kulit bawang saja!

Siram tanaman dengan air rendaman kulit bawang hari hari

Inilah di antara baja semula jadi yang saya gunakan untuk membantu pertumbuhan tanaman saya.

Betullah tu. Air rendaman kulit bawang je. Tiada ramuan istimewa pun. Tak susah. Cuma kena rajin sikit.

  • Kumpul kulit bawang (kulit bawang merah atau putih), kemudian rendam semalaman pun cukup.
  • Esoknya boleh siram. Cuma, kalau rasa air agak pekat, cairkan lagi dengan air. Siram hari-hari pun tiada masalah.

Pokoknya, jangan malas ya. Selamat mencuba.

Sumber: Norahim Ibrahim


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply