Tiktokers Korea Akui Durian Malaysia Lagi Sedap Banding Thailand, “So Lemah, Tak Sedap & Rasa Pun Kurang…”

Tiktokers Korea akui durian Malaysia lagi sedap banding Thailand, “so lemah, tak sedap & rasa pun kurang. Bila sebut tentang durian, ramai yang suka pada Raja Buah ini. Ada banyak jenis seperti Blackthorn, Musang King, Duri Hitam dan banyak lagi.

Isi pun ada berbagai termasuk  kuning keemasan, kekuningan bahkan rasa juga berbeza seperti lemak manis, ada rasa pahit serta lain lagi. Tak hairanlah setiap kali musim buah, peminat akan berpusu membeli walau ada kala harganya tak masuk akal.

Tiktokers Korea Akui Durian Malaysia Lagi Sedap Banding Thailand

Banding durian Malaysia dan negara jiran, Thailand, ramai mengatakan buah durian Thailand nampak besar dan warna keemasan tetapi dari segi rasa mungkin tidak seenak rasa durian Malaysia.

Seorang Tiktokers Korea, Tara Choi yang bekerja sebagai Content Coordinator di Malaysia yang mencuba durian Thai jenis Monthong, mengakui durian Thailand tidak sesedap durian Malaysia.

Dalam video dimuat naik di Tik Toknya @tara_choi kelihatan Tara Choi membeli durian di pasar malam Thailand. Dirinya membawa balik ke hotel (mungkin tiada bau jadi tiada masalah dikesan) dan mencubanya.

@tara_choi_ Cuba makan durian di Thailand 😃👑 #durianthailand #durianmalaysia #durian #bangkok #thailand #koreaninmalaysia #orangkorea #bahasakorea #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #fypシ #longervideos #tarachoi ♬ original sound – Tara🇰🇷🇲🇾

“So Lemah, Tak Sedap & Rasa Pun Kurang…”

Mengakui durian Thailand agak besar tapi sebaik mencuba dirinya faham kenapa durian Malaysia lagi sedap.

“Tak sedap, itu ayat pertama keluar dari mulutnya sebaik mencuba durian Monthong itu. Tak macam durian, so lemah katanya.

“Bau pun kurang, rasa pun kurang, rasa pun kurang. Saiz saja besar tapi rasa tak ada,” katanya mengakui durian Malaysia lagi sedap.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Buat Aiskrim Durian Sendiri, Memang Sedap Sangat ‘Pure’ Rasa Duriannya!

Bersifat Anti-Kanser, Kakak Ipar Orang Korea Amal Tanak Nasi Dengan BARLI

Rahsia Cantik Gadis Korea, Bilas Muka Dengan Ais Batu, Air Sejuk, Kulit Lembut, Anjal

Pakcik PEGANG Plastik Hitam Tahan Kenderaan Lalu-Lalang Semata-Mata Untuk SEDEKAH DURIAN

Masak Durian Bakar Dalam Air Fryer, Rasa Macam Lempuk Tanpa Gula

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Suka Dengar Nasihat Mak Jenny Ni! Jangan Lupa Solat & Buat & Buat Baiklah Dengan Mak Ayah

Allahu suka dengar nasihat Mak Jenny! Memang sangat bermakna buat anak-anak di luar sana. Jangan lupa solat dan ingatlah berbuat baiklah pada ibu bapa insyaAllah hidup akan diberkati Allah SWT.

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply