Ikan Tempatan Yang Hampir Nak Pupus

 

Banyak ikan sama ada ikan air masin atau air yang belum pernah kita tengok. Apatah lagi ikan yang berstatus hampir pupus sepenuhnya. Malah jika disebut nama ikannya pun ramai yang menganggapnya seperti tidak pernah wujud.

 

Pari Sungai   

 

Tidak ramai yang tahu pari juga ada mendiami kawasan air tawar iaitu kawasan sungai hingga di bahagian hulu. Ia dikenali sebagai White edge Freshwater Whip Ray atau Himantura Signifer.

Ikan ini hidup di dasar sungai dan memiliki garisan putih pada sekeliling badannya. Mempunyai sonak yang berbisa dan membesar melebihi 60 cm dan berat maksimum sehingga 80 kg.

Ikan Pari Sungai ini dulu banyak terdapat di Sungai Perak dan Pahang  tapi kini kian pupus. Di Malaysia @ semenanjung pari sungai bersaiz besar belasan kilogram boleh dianggap telah pupus. Selain di Malaysia, pari sungai juga didapati di Sungai Kapuas, Kalimantan Barat, Sungai Indragiri , Sumatera, Indonesia dan Sungai Chao Phraya, Thailand.

 

 

Ringau

 

Dikenali sebagai Four Banded Tigerfish atau Datnioides Polota.  Ikan ini hidup di kawasan air payau di muara sungai, kawasan teluk dan sungai yang mempunyai kesan pasang surut. Membesar melebihi 30 cm dan berat sehingga 2 kg dulu banyak terdapat di sungai-sungai di Perak, Melaka, dan Sarawak  tapi kini kian pupus. Ikan ini juga boleh di temui di India, Bangladesh, Thailand dan Indonesia.

 

 

Toman Bunga

 

Ikan ini memiliki banyak nama mengikut lokasi di negara ini. Ada yang menggelarnya sebagai kerandang, jelai, jaloi atau ‘Emperor Snakehead’. Nama saintifik Channa Marulioides.

Ia merupakan ikan pemangsa jenis ikan kepala ular (snakehead). Spesies yang memiliki corak cantik ini mendiami sungai, tasik dan kawasan berpaya berair gambut serta mendiami kawasan-kawasan berpaya yang kandungan Ph airnya rendah, sama seperti saudaranya, haruan palas dan bujuk.

Ia boleh membesar sehingga 68cm dan mencapai berat badan 3.5 kg. Ikan ini dulu banyak terdapat di seluruh Malaysia tapi kini amat berkurangan. Ikan ini juga boleh di dapati di Selatan Thailand, Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.

 

 

Yu Gergaji

 

Juga dikenali sebagai  yu beroi, yu parang, pari gergaji seragam, largetooth sawfish atau Pristis Microdon.  Ikan ini hidup di kawasan muara sungai dan ada juga yang bergerak ke sungai air tawar.

Membesar melebihi 7 m dan berat sehingga 600 kg. Gergaji  digunakan untuk melibas ikan dan untuk mempertahankan diri. Selalu terdapat di kawasan  dasar yang berlumpur dan aktif pada waktu malam.

Ikan yu gergaji ini dulu banyak terdapat di Sungai Kedah, Perak, Kelantan ,Terengganu dan Pahang tapi kini  pupus. Ikan ini juga boleh didapati di Kawasan Indo-Pasifik Barat.

 

 

Ikan Temoleh

 

Ikan dari keluarga kap juga ini juga dikenali sebagai Temelian, Tamalian atau Probarbus Jullieni. Ia merupakan salah satu ikan air tawar terbesar di Malaysia dan mampu membesar hingga 25 kg bersama ukuran panjangnya hingga 150 cm.

Sekitar tahun 1990-an, temoleh seberat 33 kg pernah dilaporkan di tangkap di Kuala Tahan, Pahang. Mankala temoleh terberat yang pernah direkodkan setakat ini adalah 70 kg di Thailand.

Dahulu, ia banyak terdapat di sungai-sungai di Pahang dan Perak tapi kini kian pupus. Selain Malaysia, temoleh boleh ditemui di Laos, Lembangan Chao Phraya, Thailand dan Mekong, Vietnam.

 

 

Ikan Kelisa

 

Nama saintifiknya Scleropages Formosus atau turut digelar ‘Asian Bonytongue’, merupakan ikan yang paling popular sekali kini di antara ikan akuarium dan disebabkan ini ia kini pupus terutamanya ikan yang asli  dari sungai atau tasik.

Mendiami kawasan sungai, tasik dan kawasan berpaya berair gambut. Boleh membesar sehingga 90cm dan berat badan 7 kg. Ikan jantan menyimpan telur dan anak di dalam mulutnya sehingga menetas.

Terdapat beberapa jenis di ikan kelisa di Malaysia iaitu dari jenis kelisa hijau, biru dan emas dan taburannya berbeza mengikut lokasi. Ikan ini dulu banyak terdapat di seluruh Malaysia tapi kini amat berkurangan.

Ikan dari spesies ini juga boleh didapati di Thailand, Kalimantan dan Sumatera, Indonesia, Vietnam, dan Kampuchea.

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply