Tip Rawat Pokok Cili Yang Terlebih Baja Atau Air. Tandanya Daun Kerinting, Pucuk Mati, Putik Cili Rosak

Ramai yang tanam pokok cili di rumah dan seringkali juga pokok cili ini rosak akibat dari tindakan kita sendiri yang terlebih meletak baja atau pun air. Masalah ini selalu  dihadapi kalangan mereka yang baru belajar bercucuk tanam maklumlah belum mahir dengan sukatan dan penjagaan.

Antara tanda pokok cili terlebih baja dan air adalah daun kerinting, pucuk mati, atau putik cili rosak. Kalau nampak pokok cili ada tanda-tanda ini jangan biarkan, pokok boleh mati dan rugi terutama jika pokok cili sedang berbuah.

Daun pokok cili yang mula kerinting.

Pokok cili yang rosak ini masih boleh dirawat. Caranya dikongsi oleh Mohd Nor.

1.Buang semua dahan yang rosak dan daun.

2.Sembur kawalan perosak yang boleh membantu pertumbuhan pucuk seperti Strex, Brogard, Kitosan atau lain-lain jenama yang banyak di pasaran.

Buang dahan yang rosak hingga ke paras buah cili yang dewasa.

3.Jangan siram 2 ke 3 hari supaya medium kering sedikit dan letak di bawah panas matahari.

4.Hari ke 4 dan 5 siram dgn air biasa tanpa baja.

5.Hari ke 6 siram baja AB dengan kadar rendah (100ppm) untuk tempoh 5 ke 6 hari.

6.Kawal kelembapan tanah & kepekatan baja. Jangan terlampau teruja untuk membuahkan cili yang banyak sehingga merosakkan pucuk.

Ini hasil selepas daun-daun pokok cili dibuang. Pucuk-pucuk baru mula tumbuh, kawal kepekatan baja dan kelembapan tanah.

7.Kalau bunganya gugur tak lekat itu menunjukkan kurang baja,  jadi tambahlah sedikit demi sedikit dan jangan sampai terlebih.

8.Bena putih biasanya menyerang daun-daun tua, jadi buang daun-daun tua lebih lebih lagi yang ada sebelah cili supaya kurang serangan perosak & cili dapat meresap baja sepenuhnya.

Pokok cili yang rosak dah pulih dan subur kembali.

Info: Kalau di ladang mereka buang saja pokok yang bermasalah begini, sebab masih ada banyak pokok, tapi untuk kita yang tanam di sekitar rumah janganlah buang. Kita rawat sampai pulih, sekurang-kurangnya dapat juga belajar.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Mohd Nor


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply