Panduan Sukatan Bancuh Simen Untuk Ikat Bata & Plaster Jika Nak Buat Sendiri

Ada sedikit kemahiran dan minat jadi bagi menjimatkan kos, ramai yang suka DIY untuk projek projek kecil di rumah. Antaranya nak simenkan lantai, naikkan tembok atau tambah sedikit ruang belakang rumah.

Supaya kerja-kerja DIY hasilnyanya kukuh dan memuaskan perkara asas seperti bancuhan simen sangat perlu diketahui. Perkongsian dari Lang Buana ini boleh dijadikan rujukan. Beliau berkongsi panduan bancuh simen untuk ikat bata, plaster, render dan konkrit.

Panduan sukatan bancuh simen untuk ikat bata, plaster, render & konkrit

1) Guna mixer – Masuk air dulu di ikuti dengan simen kemudian Pasir kasar dan Batu 3/4 jika buat konkrit.

2) Jika pasir basah (lepas hujan) JANGAN masukkan air mengikut sukatan. Masukkan air sikit-sikit dulu.

3) RULE OF MIXING – sukatan dalam unit ukuran berat. Contoh 1kg simen + 4kg pasir kasar untuk ikat bata. TAPI aku hentam je ikut 1 skop simen + 4 skop pasir kasar.

4) Kerja-kerja ikat bata termasuk konkrit semua guna pasir kasar. Pasir halus hanya untuk kemasan plaster sahaja dari segi pegangan (grip) mortar (acuan simen + pasir) pasir halus kurang grip berbanding dengan pasar kasar. Begitu juga dengan ketahannya untuk long term.

5) Elak bancuh simen di bawah (ground mixing) sebab sukar anda utk mengawal air dan gaulan. Bancuh dalam kereta sorong lebih mudah dan tidak memerlukan kuderat yang banyak untuk membancuhnya.

Bancuh dalam kereta sorong lain dengan bancuh dalam mixer dari segi susun aturnya. Masuk pasir kemundian simen dan gaul sama rata, baru masukan air.

Jika guna batu 3/4 masukkan sekali setelah campuran simen + pasir + air sudah digaul. Lebihkan air dalam bancuran itu untuk menerima batu 3/4.

6) Lebih air, mortar yang baik adalah mortar yang agak cair berbanding likat atau kurang air. Jangan risau air tidak menjejaskan kelekatan simen sebab air akan hilang semasa pengerasan mortar/konkrit melalui proses pengeluwapan.

Tukang tak suka bancuh macam ni sebab nak cepat kering dan cepat siap. Semakin lambat mengeras semakin bagus konkrit tersebut.

INFO TAMBAHAN

Nisbah bancuhan konkrit

Asas kepada bancuhan konkrit adalah pelbagai. Tetapi jarang yang ambil tahu mengenai kepentingan bancuhan ini. Sedangkan ianya mampu mempengaruhi kekuatan galas konkrit itu sendiri.
Asas kepada bancuhan konkrit yang biasa digunakan adalah G20 atau 1:2:4 yang bermaksud :
1 = Simen
2 = Pasir
4 = Batu

Untuk membancuh gred G20 bersamaan 1 kg simen : 2kg pasir : 4 kg batu.
Jadi untuk 1 beg simen 50kg : 100 kg pasir : 200kg batu
Jumlah air simen yg sesuai utk 1 beg simen OPC atau ordinary portland cement ialah antara 25 liter hingga 28 liter.

Untuk lebih jelas, 1kg simen mewakili 0.55 liter air. 1 beg simen : 50kg =50kg x 0.55 = 27.5 Liter air.

Campuran konkrit akan digredkan dengan gred- gred berikut :
a) G15 (1:3:6)
b) G20 (1:2:4)
c) G25 (1:1.5:3)
d) G30 (1:1:2)
Walau bagaimanapun untuk penambahan “safety factor” dalam pembinaan, pihak JKR menyarankan untuk menggunakan gred G25 untuk kekuatan galas yang lebih baik.

Semoga bermanfaat.

Kredit
Hassan Hardware
Jamal the solo builders

Sumber Lang Buana


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply