Anak tengah duduk diam tiba-tiba meraung sebab kata ada benda dalam telinga. Bila disuluh nampak serangga di dalamnya. Memang panik dibuatnya.
Situasi begini mungkin pernah kita alami juga. Jadi apa perlu dilakukan. Perkongsian dari Dr Ahmad Luqman Bukhari boleh dijadikan panduan.
5 langkah perlu buat bila serangga masuk telinga anak
Siapa yang pernah tengok anak meraung sakit sebab ada ‘benda’ bergerak-gerak dalam dalam telinganya, mesti akan teringat sampai bila-bila.
Ibu bapa sekali akan jadi panik, mati akal tak tahu nak buat apa bila berdepan dengan keadaan ini.
Berikut dikongsikan 5 langkah penting nak kena buat kalau ada serangga tersesat masuk ke dalam telinga si kecil kita tu:
1. Tolong tenangkan diri kita dulu kemudian baru tenangkan anak. Dalam situasi kecemasan apa sekalipun, jangan panik sebab kita tak kan boleh nak bantu orang lain bila kita pun gelabah sama.
2. Elak jolok masuk cotton bud atau besi pengorek ke dalam telinga anak kita tu. Risiko saluran telinga tercedera jadi amat tinggi. Serangga tu pun mungkin akan tertolak masuk lebih jauh ke dalam.
3. Cepat cepat titiskan minyak zaitun atau baby oil ke salur telinga tu untuk kita lemaskan serangga kat dalam tu. Kalau biar lebih lama risau komplikasi lain berlaku.
4. Sekiranya mak ayah boleh nampak serangga tu kat hujung luar saluran telinga, keluarkan terus pakai jari kita atau gunakan pengepit kecil untuk tarik ia keluar.
5. Terus je ke hospital selagi mana serangga tu masih ada kat dalam telinga si kecil tu. Walaupun dah mati, tapi ia tetap boleh akibatkan jangkitan kat dalam telinga jika tak dikeluarkan.
Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.