Betul Ke Ramai Caster Kuat Sorok Spot?

 

Tidak kira apa saja segmen memancing, lubuk atau spot merupakan perkara kedua penting selepas alatan memancing. Namun, berbanding segmen pancingan yang lain, para pemancing yang mengikuti aliran mengilat atau casting dikatakan paling sensitive berkenaan lubuk. Jangan kata nak berkongsi kepada umum, sesama rakan sealiran pun tetap nak sorok-sorok.

 

Komen-komen berikut secara tidak langsung membuktikan bahawa geng casting sememangnya kedekut spot!

 

 

“Benar… kebanyakan caster agak kedekut untuk berkongsi port mereka. Acapkali juga apabila kita bertanyakan dengan soalan ‘bila nak bawa nubis’ tetapi jawapan diberi adalah seperti ‘dah gerak’ , ‘nanti bila free kita pergi’ (tapi bila dah dia free tup-tup up pic hasil).

Takde masalah pun jika cakap tak nak berkongsi port kita faham. Tapi jangan la beri alasan macam-macam yang mana membuatkan kita menunggu-nunggu untuk dibawa bersama.

Terus terang saya katakan, pendirian saya tak macam tu iaitu sembunyi port. Saya suka berkongsi port yang mana hasil dinikmati bersama. Asalkan kita semua kaki casting.

Takdalah saya nak berkongsi port untuk mereka yang kaki tuba bagai… Allah beri rezeki buat semua umatnya. Kenapa kita sebagai umat tak nak berkongsi sesama umat? Kongsilah port dan majukan sukan memancing bersama.”

  • AZHAR USMPENANG

 

 

“Yang ni aku sokong 100%. Sebab dah banyak kali terkena… puiiii punya worang! Dah tunjuk port sekali… lepas tu dia bawak geng. Balun ramai-ramai… tak pandang dah kita macam siak!”

  • FAIZAN RASHID

 

“Kedekut tu subjektif. Aku penat-penat redah semak-samun, belukar, kaki terpijak duri… tetiba senang-senang hati acik ko nak mintak port? Pegi mam… la. Kalau sanggup redah sama-sama cari port takde masalah… kepada kawan-kawan yang berkongsi port dengan aku tu ribuan terima kasih diucapkan.”

  • MOHD AKMAL

 

 

“Kita ajak dia… dia ajak kawan baik dia. Lepas tu kawan baik dia ajak kawan kepada kawan baik dia. So, meriah la port bersama kawan-kawan mereka.”

  • KIE ROCKETMAIL

 

“Lebih baik kedekut… kalau bagitau habis, suku sakat saudara mara, kaum kerabat dia bawa. Kita ni macam dah tak kenal. Baik dengan kita sebab nak tau port.”

  • AZIZEE AHMAD

 

“Bukan kedekut. Tapi bila dah share, hari-hari dia balun masuk pagi sampai petang. Baik-baik port tu port anti-kumpau, terus jadi port membangau!”

  • AZURA MANAS

 

 

“Bukan kedekut… cuma TRAUMA je sebab port yang baik kalau diguna untuk mengail takpe kot. Tapi kalau mai bawa geng pukat jala abis la port tu. PENGALAMAN yang buat kita TRAUMA nak kongsi port… ikhlas dari hati saya.”

  • SHAHIR ALI

 

“Pernah kena yang jenis kedekut spot ni. Tak tau la apa ada dalam kepala otak dia kalau bawak orang lain ni. Last-last buka Google Map cari sendiri. Kantoi dah port yang konon-konon rahsia tu.”

  • MOHD RIDZUAN

 

“Entah le… selama saya memancing, saya cari sendiri port. Allah SWT suruh kita berusaha dan selepas itu DIA memberi rezeki. Kalau ada sahabat-sahabat yang mempelawa laman depa… tu pun kira rezeki. Yang penting kita tak asyik meminta tanpa berusaha kerana usaha yang kita buat akan lebih nikmat dan puas kepada diri sendiri.”

  • MOHD SHAHAROL

 

 

“Kedekut sebab takut kena sapu habis dengan kaki karen, kaki jala, kaki pukat, kaki tuba dan lain-lain. Dan diri sendiri pernah kena… serik dah.”

  • JOSE MUNOZ

 

“Dulu tak kedekut… tapi bila dapat kawan yang tak jujur, kena kedekut la cerita dia.”

  • MUHD FARRUQ AZWAN

 

“Hahaha… macam Sg. Kuala Nerang. Dulu top casting sebarau tapi sekarang dah pupus kerana pukat bagai. Nak kongsi port boleh tapi kena pada tempatnya. Elak berkongsi dengan kaki pukat. Banyak geng tu dok jadi cctv ja. Bukan kita tak mau share lubuk tapi nak elak abis ecosistem kena rembat. So last-last takde port… memancing kolam jer lah. Kos lagi kena keluaq!”

  • SYAHRIZAL FISHONANGLER

 

 

“Caster yang kedekut biasa diorang CnR. Tak yah cerita banyak… taman aku banyak kolam, ramai yang memancing untuk makan or CnR… tapi lama-kelamaan datang puak pasang jaring, dimarahnya kita katanya bukan kolam kita. Tu sebab kami kedekut port.”

  • MIDON SUTAR

 

“Bukan kedekut… kalau pemurah sangat nanti dengan kaki pukat dan kaki karen pun sampai. Ni dari pengalaman sendiri.”

  • GENE GENE

 

 

“Bila port orang laju je nak ikut. Kerap kali tanya sampai bawak pergi. Kalau port dia… ajak la 50 kali pun. Memang macam-macam alasan yang dia bagi.”

  • MUHAMMAD HAKIMI

 

“Ingat di sebalik rezeki kita ada rezeki orang. Kita mungkin CnR ikan tu tapi mungkin ada yang ke sana mencari lauk untuk anak isteri. Dunia ni sangat luas untuk diterokai… jangan kedekut port.”

  • CHE IRWAN ISMAIL

 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply